CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Biar Saya, Dia Dan Tuhan Je Yang Tahu, Biar Saya Hadap...' - Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Anis Cabut Tudung

31-5-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1154| Komen: 8

Masih mengunci mulut mengenai punca isteri, Anis Sofea memilih untu tidak lagi berhijab, Haqiem Rusli enggan memanjangkan cerita.

Katanya, tidak molek ia dipanjangkan dan menegaskan biar ia menjadi rahsia peribadi antara mereka.


“Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya kepada Gempak.



Haqiem berkata demikian ketika ditemui selepas memenuhi jemputan program MeleTOP semalam.

Melanjutkan bicara, Haqiem berkata yang dia tidak mengatakan mereka berada di pihak benar. Justeru, segala input dan nasihat sentiasa diterima dengan tangan terbuka, asalkan ia tidak berlebihan.

“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen. Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.

“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” katanya lagi.


Sebelum menemu bual Haqiem, Gempak berusaha untuk mewawancara Sofea. Namun, Haqiem tidak membenarkan isterinya yang turut hadir ke program MeleTOP untuk memberikan sebarang kenyataan.

“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.

“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… itu dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak?

“Doakanlah, mungkin benda boleh kembali baik seperti dahulu,” tutup Haqiem.

Terdahulu, peminat dikejutkan dengan tindakan Sofea yang memadam gambar-gambar di Instagram dan memuat naik gambar tidak mengenakan hijab.

Rata-rata ramai yang menghentam wanita itu sehinggakan dia terpaksa menutup ruangan komen di platform media sosial tersebut.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 31-5-2023 10:24 AM
yg penting rambut tu tak reti2 nak disikat didandan elok2.
mcm serabut baru bangkit tido
Quote mizruncing 31-5-2023 11:17 AM
bini pon.. nape la buat mende yg malukan laki ko. dh la public figure.. dah perasan diva habis ke tu. msti dorang ni ada gaduh2 then sofea ni saja provok free hair. bila dah baik takkan nak berlitup balik. so nak taknak hadap jelahh memasing. paham umur2 gini masih darah muda n tak matured lagi
Quote slyfynx 31-5-2023 11:43 AM
Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen. Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.


Nope, you created the game, awal2 menang because you created it. Pastu bile dah hujung, org lain main lg bagus, ko salahkan game.

Kalau duu ko x ngade2 sampai nk tutup aurat peminat, xde sape akan suh bini kau bertudung mcm berlakikan ustaz.
Quote ehehnurza018 31-5-2023 11:55 AM
mizruncing replied at 31-5-2023 11:17 AM
bini pon.. nape la buat mende yg malukan laki ko. dh la public figure.. dah perasan diva habis ke tu ...


bini pun muda. 21/22. Baru nak build personality. What do you expect.
Quote silampumeja 31-5-2023 12:17 PM
gitulah manusia ni... tak popular nak popular..nak attention. dapat attention, taknak terima yg dia tak boleh terima...nak yg baik2 aje... sebab tu kena bersedarehana... huuu...ni bini ko mengundang sangat perhatian....
Quote dudaberhias 31-5-2023 12:20 PM
tak payah la gigih nak privasi bagai.... sah2 ko yang terpaling dulu nak tutup2 aurat peminat... hujung2 bini kak km ko ni buka tudung pulak...

ko sendiri tak mampu didik orang terdekat kepada kau lagi gigih nak tarbiah orang sampai buang pelakon tu dari mv kau...

dah la dagu boleh buka tin beskot si kak km junior ni... elok dia hempuk jah dagu tu kat laki dia...

Quote prince_marhaen 31-5-2023 12:35 PM
TERPALING STICKER AURAT PEMINAT.....hujung2 bini sendiri telanjang.... ekekekeke dah lah macam Kak KM je.. rambut pun tak lawa...tetap lagi nampak kepam..
Quote maharani_gebu 31-5-2023 01:02 PM
TopiNasi 2.0

Kemain memula mencari raudhah lah... astagfirullah sana, masyaallah sini, subhanallah situ... last-last dapat bini dok melentik sana tonggek sini joget sana gelek sini...

Jangan poyo sangat konon nak berdakwah... bahaya bila kena ujian gini dek...

Macam rugi aje bagi hantaran 100k tapi bini rebel sampai cenggini

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040265 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top