CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Zamarul Hisham Meninggal Jatuh Bilik Air

31-5-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 701| Komen: 4

Bapa Zamarul Hisham, Mohamed Mohamed Zain meninggal dunia pada Selasa selepas jatuh di dalam bilik air.

Zamarul, 51, memaklumkan berita duka itu menerusi Instagram miliknya.

Aktor itu turut meluah kesedihan kerana hilang teman bicara untuk menjadi tempat mengadu.



Foto: IG

“Innalillahhiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia.

“Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik kita berbual panjang, ketawa ceria tetapi hari ini bak pergi tinggalkan kami semua.

“Al fatihah buat bak. Semoga bak tenang di sana. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.



Dalam pada itu, isteri Zamarul, Diana Rafar menerusi Instastory miliknya turut berkongsi Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan akan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas), Kajang, Selangor sekitar pukul 10.15 pagi.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 03:08 PM
KUALA LUMPUR: Pelakan Zamarul Hisham kehilangan bapa tersayang, Mohamed Mohamed Zain yang meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air kediamannya di Bangi, di sini, kira-kira jam 7 malam tadı.

Berita sedih itu dikongsikan Zamarul menerusi laman Instagram.

Zamarul berkata, dia baru sahaja menemui arwah, dua hari lalu. Malah, mereka sempat berbual panjang dan arwah juga kelihatan ceria.

"Innalillahiwainnailaihirojiun… Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia. Bak baru dua hari lepas Sham balik, kita berbual panjang, ketawa ceria, tapi hari ni Bak pergi tinggalkan kami semua.

"Al-Fatihah buat Bak, semoga Bak tenang di sana. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh," tulisnya

Sementara itu, isteri kepada Zamarul yang juga pelakon Diana Rafar berkata, arwah bapa mentuanya tidak menghidap sebarang penyakit.
Diana berkata, arwah ada meminta mereka membelikannya durian ketika pulang menziarahnya, baru-baru ini.
"Bapa mentua minta dibelikan durian untuk dimakan bersama-sama kerana durian adalah buah kegemarannya.
"Sewaktu berjumpa dengan Bak, baru-baru ini, arwah kelihatan sihat dan tidak nampak seperti tanda-tanda seperti tidak sihat," katanya.
Ujar Diana lagi, arwah turut meminta salah seorang cucu membingkaikan gambarnya untuk diletakkan di kepala katil.
"Bak seorang yang ceria dan kami berbual seperti biasa dalam pertemuan itu. Jadi, kami sangat terkejut apabila dimaklumkan Bak jatuh dalam bilik air.
"Apapun, kami sekeluarga reda kerana Allah lebih menyayangi Bak," katanya.
Jenazah arwah disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sg Tangkas, Kajang, jam 10.30 pagi ini.



Quote beta_carotene 31-5-2023 03:33 PM
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

Quote SANKURIANG 31-5-2023 05:20 PM
Orang Bangi ke???? Baru tau…
Quote rosedemon 1-6-2023 08:46 AM
salam takziahhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059864 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top