CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna, Dini Nak Kahwin? Jangan Buat Spekulasi

30-5-2023 11:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1622| Komen: 14

Pelakon, Dini Schatzmann, 28, meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung desas-desus yang mendakwa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Janna Nick.


Katanya, perbincangan antara dia dan Janna untuk berkahwin memang pernah dibuat sebelum ini namun sehingga kini belum ada ketetapan berhubung hal tersebut.



“Kalau apa yang dikatakan (khabar angin) itu betul, maka ia (perkahwinan) itu akan terjadi. Kalau selepas tarikh itu tak ada apa-apa, maka tiadalah.


“Jika benar terjadi (berkahwin) saya akan beritahu semua orang. Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kami nak berada dalam hubungan yang sekadar main-main.


“Insya-Allah, kalau boleh memang kami tidak mahu lama sangat (bercinta), takut tak ke mana,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa majlis sidang media pelancaran treler dan poster filem Malbat: Misi Bakara.



Dini dalam masa yang sama tidak terkejut dengan khabar angin tersebut dan menyifatkannya sebagai harga perlu dibayar oleh individu bergelar selebriti.


“Tak terkejut dengan khabar angin itu sebab berita kononnya saya dan Janna berkahwin sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas.


“Saya juga faham, kami ‘under spotlight’ menunjukkan hubungan kami secara terbuka. Jadi jika ada khabar angin mengenai perkahwinan kami tentu akan diperkatakan.


“Ibarat api kecil boleh marak cepat di dalam industri,” tambahnya.


Terdahulu, Dini dan Janna dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun ini di sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi.


Selain itu, Janna turut dikatakan telah menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Langkawi.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 31-5-2023 01:20 AM
Biarlah dorg nak buat very intimate wedding.. Kita tak yah lah nak sibuk2
Quote dudaberhias 31-5-2023 01:39 AM
Selamat merasa ciknek poji nawawi mix... Maksudnya selamat merasa satu ciknek untuk selamanya.... Macam la acik2 taktau ko dah pernah rasa ke belum gittuh...

Quote nolya 31-5-2023 02:47 AM
To Dini n Janna, both of u dah cukup dewasa n in love, therefore percepatknlah weddingnya demi menghapusk cacian dn fitnah. Halalknlah hubungan kalian dn jgn terus2an berbuat dosa. It is not the question  paying the price  for being celebrities, tapi sbg figure yg memang jadi sorotan masyarakat maka jagalah sensitiviti ramai baik dari sudut pakaian, akhlak apa lagi agama. Jika jadi celebritis itu adalah nafkah kehidupan,  peliharalah juga agama biar sering jalan.
jagalah sensitiviti masyarakat
Quote I.K.A888990 31-5-2023 02:59 AM
nak kawen kawen je la
taknak kawen dah
Quote Lampuled 31-5-2023 03:15 AM
Selain drp bf kpd jana apa lg perkerjaan dia ni?  Tak pernah nmpak di tv pun. Bakalan menempel bini jugak ke?
Quote SembangKari 31-5-2023 08:12 AM
Kalau kawen pon... perkahwenan yang tidak meyakinkan heeeeeeeeee.. pape pon gud luck laaaaaa korang
Quote aammyy 31-5-2023 08:20 AM
Lampuled replied at 31-5-2023 03:15 AM
Selain drp bf kpd jana apa lg perkerjaan dia ni?  Tak pernah nmpak di tv pun. Bakalan menempel bini  ...

Pelakon kayu jati. I pun tak ingat dia berlakon cerita apa. Byk jadi modelling la kan muka pan asian.
Quote Mamason 31-5-2023 08:28 AM
Yg kata putus cinta sedih sayu .. menangis guling2 atas katil bagai tu siap keluar lagu... tipu je ke???
Quote prince_marhaen 31-5-2023 09:49 AM
kalau kata tak jadi kawin pun orang tak heran dah...sekadar stok romen-romen je ni... yang jantan acah2 ikhlas acah2 gentleman, yang ompuan feeling2 stress, depress, anxiety bagai....tapi posting tetap memintak attention... yihhh..
Quote matbad 31-5-2023 11:57 AM
Tak mewah la sgt hotel yg dorang nk buat tu..bknnya kat Datai Hotel pn..besa2 ja..tp tempat helok la..
Quote myakayina 31-5-2023 11:59 AM
dini ni dulu masa mula2 dia keluar tv and masuk industri aku ingatkan geng kelempuk..
kiranya dia ni mmg straight lah ye..
Quote myvi132806 31-5-2023 12:07 PM
kawin (tuuuutttt) dah, menikah je yang belom ...
bak kata kaka dud, igt aku x tau ke kau dah kawin tuuuttt ke belum hahahaha
Quote mizruncing 31-5-2023 12:38 PM
kawen ke tak same je berpeluk sana sini
Quote Rogue98 31-5-2023 01:15 PM
Low class punye jawaban ...sebelum puasa lagi dia kata nak announce sesuatu...pastu senyap.. pastu Janna pulak announce pastu senyap...gi mampuslah 2 orang ni.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.094865 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top