Usahawan muda yang juga siswa pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah mengetengahkan produk arnab bakar kepada masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai selera eksotik.
Menu 'arnab kangkang' itu menjadi 'modal' pemasaran bagi Nur Dania Irdina Mat Said, pelajar Diploma Pengurusan Pejabat universiti berkenaan untuk memikat selera mereka. Lebih mesra disapa Dania, katanya dia banyak menimba ilmu perniagaan ketika membuat reviu makanan dan produk seawal usia 18 tahun. Gadis berusia 20 tahun itu turut menjelaskan tentang bisnes arnab bakar yang diusahakannya bersama rakan kongsi, Muhammad Fairiezal Basri, 33, sejak Disember tahun lalu. "Ia dinamakan sebegitu sebab kerana kedudukan arnab yang 'kangkang' apabila dibakar. Bukannya kami saja-saja letak.
"Selain nama kangkang, ada juga yang tertanya-tanya tentang daging arnab sebab selalunya yang dijual adalah sate arnab, belum lagi dijual arnab seekor," katanya kepada mStar. Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, kelainan berkenaan juga membuatkan gerai arnab bakar di Sungai Petani milik mereka menarik perhatian ramai. "Mungkin kerana haiwan ini comel seperti kucing hingga membuat ramai tertanya-tanya. Namun ia halal dimakan dan cukup menyelerakan bagi mereka yang gemar makanan eksotik. "Daging arnab juga ada banyak khasiat iaitu mengandungi protein yang tinggi dan tidak mempunyai lemak serta memberi tenaga. "Sebab itulah ada pelanggan yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan Singapura untuk merasai daging arnab bakar. Itu belum lagi dicampur dengan sos lada hitam yang enak," katanya yang menjualnya mengikut bahagian serendah RM19 sehingga RM65 seekor. Jelas Dania lagi, daging arnab mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa lebih manis berbanding daging ayam. Bermodalkan RM4,000 bagi memulakan perniagaan itu, Dania mengakui bisnes tersebut begitu mencabar buat dia yang sedang mengikuti pengajian di universiti. "Paling penting kena bahagikan masa. Saya ada waktu yang khusus untuk belajar dan terdapat pekerja yang mengendalikan operasi di gerai. "Saya banyak melakukan video-video content bagi mempromosikan bisnes arnab bakar. Dalam bisnes makanan dan minuman (F&B), kita kena tampilkan kelainan. "Pengalaman lalu banyak memudahkan saya berurusan dengan pelanggan. Impian saya adalah untuk menjadi usahawan berjaya," katanya. Sumber: mStar
|
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari
kata acik2 porom cari
mojarean_X replied at 30-5-2023 06:44 PM
Sape???????
edayildiz replied at 30-5-2023 08:02 PM
arnab mmg blh mkn ek..masa kecik dlu mcm pernah termkn pastu muntah..xblh la sbb pencinta kucing kot ...
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari
kata acik2 porom cari
blue_blur replied at 30-5-2023 08:56 PM
ikut baka, bukan yang comel lote tu, mana ada isi.....
baka arnab daging, memang untuk makan (hara ...
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari
kata acik2 porom cari
ChildrenOfBodom replied at 31-5-2023 08:18 AM
hahahahah acik porem paling kaya, paling cun, paling educated
ADVERTISEMENT