Seorang pemilik kereta mewah tak senang dengan aksi seorang lelaki bergambar di atas bonet sebuah kenderaan sport miliknya. Pemilik, Muhammad Ishaq berkata, dia agak terkejut apabila melihat dua lelaki menghampiri kenderaannya dan salah seorang daripada mereka tanpa segan duduk di atas bonet dan meminta rakannya mengambilkan gambar.
“Hmm, baru parkir kejap dah ada budak sunat laser duduk,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam sambil berkongsikan gambar dua individu terbabit. Dalam pada itu, perkongsiannya turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah seorang pengguna Facebook, Azim Isahak. Menurut Azim, untuk bergambar di kenderaan atau apa-apa barangan milik orang lain tidak menjadi satu masalah, namun perlu diingatkan agar menjaga adab dan tingkah laku. “Adik-adik, abang-abang, amma, appa sekalian. Nak bergambar itu perbuatan yang tak salah. Yang salah bila kita buat benda bukan kepunyaan kita sesuka hati.
“Tolong hormat harta orang. Bukan apa, bila buatmacam ini, pertamanya ia menampakkan diri anda ‘jakun’, yang kedua, kita ‘downgrade’ diri kita sendiri, dari golongan beradab, kepada kurang adab. “Biar miskin harta, tapi kaya adab,” pesannya. -CARI Sumber: Kosmo
|
hokeypokey replied at 30-5-2023 06:19 PM
apekebende “budak sunat laser”????
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:37 PM
budak2 lahir mid 90an kut
time ni dah sunat pakai laser
Skuau replied at 30-5-2023 10:56 AM
perkataan 'jakun' bukan dh dilarang diguna pakai tuk gambarkan perangai seseorang...ke?
Orenn1 replied at 30-5-2023 07:34 PM
Ada kata ganti tak? sbb aku byk jugak pakai perkataan jakun yg menggambarkan perangai dlm postings ...
wikedsaikel replied at 30-5-2023 11:39 AM
Kalau aku, aku guna “ppigg”. Tapi ada negeri panggil ni Peghak.
hokeypokey replied at 30-5-2023 06:56 PM
ohooo.. terima kasih diatas pencerahan anda.. byk istilah baru skrg ni, dolu2 kita panggil BBNU, b ...
kerunai replied at 30-5-2023 07:37 PM
budak sunat lazer B40 ?
Orenn1 replied at 30-5-2023 07:38 PM
Tapi sesetengah org msia kan benda gini biasa je, mana tahu hormat brg org huh
midori888 replied at 30-5-2023 12:28 PM
Moto adik meols pun baru nie jd mangsa...kalu stakat nak amik gambar takper, nie siap duduk bergay ...
Orenn1 replied at 30-5-2023 08:34 PM
Pelikkqn perangai org yg tak boleh guna common sense ni, thp intelijen dorg terlalu rendah
Skuau replied at 30-5-2023 06:56 PM
perkataan 'jakun' bukan dh dilarang diguna pakai tuk gambarkan perangai seseorang...ke?
ina_na replied at 30-5-2023 08:54 PM
Kawan aku Salah seorg yg bt report dl pasal pengunaan Jakub sbb dia OA.. kwn anak aku ckp etnik tu ...
ADVERTISEMENT