Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara melebihi AS$32 bilion.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata laporan itu dibuat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berikutan tuntutan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019. "Tuntutan berkenaan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara. "PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 124(k) Kanun Keseksaan kerana sabotaj. "PDRM memandang serius sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara serta memberi jaminan siasatan terperinci berhubung perkara itu akan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan, semalam.
Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT