Dua remaja dipukul gara-gara menimbulkan kekacauan dengan bunyi ekzos motosikalnya yang terlampau bising sehingga mengganggu penduduk di kawasan setempat. Dalam kejadian dipercayai berlaku di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini, kelihatan individu berbaju biru itu terlebih dahulu menengking dan menolak remaja terbabit sebelum memukul kedua-duanya di sebuah kawasan perumahan di situ.
Walaupun kelihatan beberapa saksi, namun insiden terbabit tidak dileraikan sesiapa dan kemuncaknya apabila si pelaku mula menendang mangsa hingga tercampak ke kawasan semak. Menerusi video dikongsikan di Twitter itu, pemuda berbaju biru berkenaan pada mulanya menegur mangsa yang membuat bising sebelum berlaku perbalahan sesama mereka. Salah seorang warganet menjelaskan terjemahan bahasa yang digunakan dalam pergaduhan berkenaan.
"Daripada apa yang saya dengar, baju biru geram sebab baju merah yang duduk atas motosikal itu pergi buat bising dengan ekzos motosikalnya di depan rumah. "Jadi dia tengking akan pecahkan muka (pukul) kalau terus berbuat bising, jadi ini bukan kes buli tapi isu bengang dengan mat rempit dekat taman perumahan dia," kata Ram Dev. Tarikh dan lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan nombor plat kenderaan, insiden dipercayai berlaku di Perak. Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden terbabit setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai berhampiran untuk membuat laporan. Sumber: Majoriti |
kelapaparut replied at 30-5-2023 06:03 PM
india kalu dieorg comment2 dlm socmed fb gune BM ye walaupen sesame dieorg,impressed iols.., kalu ci ...
orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai berhampiran untuk membuat laporan.
Burong_Hantuk replied at 31-5-2023 10:56 AM
geng2 motor melayu kah???
ADVERTISEMENT