Oleh Adib Za Letih dengan keadaan berjerebu yang nampaknya tak nampak lagi tanda-tanda nak 'menghilangkan diri'.
Bukan sahaja mengaburkan pandangan, malahan menyesakkan nafas dan membuatkan ramai yang jatuh sakit dek kerana terhidu udara yang penuh dengan partikel-partikel kecil itu. Maka, tak hairanlah di kala ini lambakan produk 'air purifier' diiklankan sana sini. Kononnya membantu anda membersihkan udara di dalam rumah dan juga ruang pejabat. Namun, tunggu dulu. Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang alami, ketika inilah ambil peluang untuk membawakan elemen semula jadi itu dalam rumah dan juga pejabat.
(Sumber foto: Tumblr) Tahukah anda terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sememangnya berfungsi 'membersihkan' udara, dan berita baiknya, ia sangat mudah didapati dan ditanam dalam rumah! Tumbuhan 'indoor' sebegini memang sangat membantu anda di kala cuaca berjerebu ini. Bukan itu sahaja, dengan adanya elemen hijau ini berhampiran anda, ia mampu mengurangkan stress dan menjadikan anda lebih sihat. Satu kajian pada tahun 2008 oleh pengkaji Belanda, tanaman indoor yang diletakkan dalam bilik pesakit, menurunkan paras stress mereka berbanding yang tidak memiliknya. Menarik, bukan? Jom lihat senarai tumbuhan indoor yang anda boleh anda jadikan 'penapis udara jerebu' di dalam rumah dan pejabat: 1. Aloe Vera/ Lidah Buaya Bukan sahaja jelinya yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, namun tumbuhan ini sendiri berfungsi 'menyedut' pencemaran udara dalam rumah termasuklah bahan kimia yang terdapat di udara dan yang terhasil daripada produk pencuci. (Sumber foto: vomedia) 2. Snake Plant/ Lidah Mak Mentua Cantik diletakkan di sudut dalam rumah, tumbuhan ini mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen ketika hari malam. Menjadikan bilik anda ekstra bersih dan segar. (Sumber foto: Gearpatrol) 3. Bamboo Palm/ Buluh hiasan Buluh hiasan ini telah termasuk dalam senarai tumbuhan pembersih udara oleh NASA dengan markah 8.4. Ia mampu membersihkan benzene dan juga trichloroethylene. (Sumber foto: bobvila) 4. Spider Plant Memang selalu dijumpai di kebanyakan rumah, namun ia bukan sekadar menjadi hiasan, malah turut tersenarai sebagai tumbuhan pembersih udara oleh NASA. Ia mampu melawan pencemaran udara seperti benzene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene. (Sumber foto: houselogic) 5. Money Plant/ Sireh Puteri Tumbuhan ini mampu memurnikan udara selain mengatasi pencemaran bahan kimia formaldehyde yang terdapat di udara. (Sumber foto: princelanscape) Baca selanjutnya: Impiana, Huffingtonpost |
14
Bagus |
20
Marah |
10
Terkejut |
24
Sedih |
19
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
comel91 replied at 22-10-2015 03:17 PM
money plant dah mati.. huhu sebab jerebu
noraidil_06 replied at 22-10-2015 08:44 PM
ini isu viral eh?
mak_wa95 replied at 22-10-2015 02:13 PM
kecelaruan pengetahuan..
'semasa' dengan 'viral; xreti nak beza..
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:06 AM
kak wa nnt wartawan ni nangis tepi bucu meja
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:13 PM
menangis, mengadu mod xterkira dah..
berkotak2 tisu dah..
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:20 AM
mod pn xlayn siap hencap brsma
admin tpaksa dgr rintihan
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:23 PM
eheheh silap bukan mod,
terus kpd admin...tgk admin bekap depa
kimsa-ra replied at 23-10-2015 12:49 AM
admin tu pn cm x biasa dgn forumer cari
yg wartawan ni pn bkn knal pn sape2 kt sini xyah s ...
mak_wa95 replied at 22-10-2015 04:55 PM
kan, ada forumer cakap..forumer CI mulut sangat hazabedah..
so kalau dah masuk dunia kita kena k ...
kimsa-ra replied at 23-10-2015 01:21 AM
msti wartwan ni tension kita dok kata dia kt thread dia
best la cuti lg..nk g call mak ...
ADVERTISEMENT