CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ifa Raziah Dah Dihubungi JAIM Minta Maaf, Tarian Gelek Tak Disengajakan Dan Berlaku Tanpa Pengetahuan

30-5-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3136| Komen: 31

CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah mengakui pihaknya dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam berhubung video tular mengenai acara tarian gelek di Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini.


Menurut Ifa, insiden itu berlaku tanpa pengetahuan pihaknya namun sudah memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selaion memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia. 


IG

“Kami telah dihubungi pihak JAIM susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini. 

“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors. 


“Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami. 

“Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Ifa turut berkata pihak mereka akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi. 



“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami. 

“Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” ujarnya lagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 30-5-2023 01:25 PM
bukan ke dia salah sorang yg bergelek?
Quote umbut 30-5-2023 01:34 PM
Goyang gerudi ke gelek biasa je.. video mana. Gelek ni bagus utk acik gundu
Quote I.K.A888990 30-5-2023 01:35 PM
tak disengajakan? yeke nek
jijik tgk. kau gelek depan somi kau je la
Quote MatDeghem 30-5-2023 01:38 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Csv6ptCOKc6/[/ig]



[ig]https://www.instagram.com/p/Cs2dQICIF1E/[/ig]



Quote Themilo 30-5-2023 01:38 PM
time jumpa YB Exco untuk minta support event nih, kemain sopan ya diva pukpukpuk
Quote jfq 30-5-2023 01:39 PM
Kenapa baju oren tu dah gems balik ke
Quote MatDeghem 30-5-2023 01:41 PM


Quote MatDeghem 30-5-2023 01:44 PM
[youtube]8l1N6FDykkc[/youtube]



Quote leezzaliza 30-5-2023 01:44 PM
Tak tau ape nye.. Kak km tu bff comolot2 dia la.. Tiap kali event mesti kak km ade. Jemput naik pentas.. Kak km klau nyanyi suke menonggeng2 bontot dia yg acah mantap tu padahal ponggong ko mengelebeh terlondeh2.. Mcm mane laaa azab laki ko nnt.
Quote missHaidiD 30-5-2023 01:44 PM
Bkn smlm kemain bangga ke
Quote akuMNdia 30-5-2023 01:46 PM
mintak maaf pastu buat lg..pastu mintak maaf lagi & ulang lagi.. sampai  ajm
Quote dudaberhias 30-5-2023 01:52 PM
dah tua gayut chepit berkedut pun nak tayang2 jubo lagi... bukan ko akan dapat hanak hikan muda bergetah herlok pun nok... bakalan dapat laki terung kecut jua macam sotong kering... kena rendam dalam mangkuk selama 3 hari 3 malam nak bagi kembang... tu pun kena bagi ubat dulu nak bagi naik... kalau tak naik hujung2 menonggeng sampai ke subuh jah...

Quote maharani_gebu 30-5-2023 01:55 PM
tanpa pengetahuan taik dia... bukan dia pun sekali sakan melucah ke??? siap cuba tarik hakak bertudung atas pentas tu???
Quote laksmanabentan 30-5-2023 02:51 PM
hahahahahhaa...... tanpa pengetahuan ler konon.....
Quote royaldanish 30-5-2023 02:54 PM
Benda tiap tahun berlaku…
Quote cmf_PariS 30-5-2023 02:56 PM
boleh pula ckp tk sengaja aduii kakkkkk
Quote KamikuP 30-5-2023 03:08 PM
Nnti dah tua menangis suruh netizen jgn kongsi video zaman jahiliah.. korang tunggu le nnti
Quote afiezaazizan87 30-5-2023 03:16 PM
bukan dia jugak ker yng cakap, apasalhnya bergelek setahun sekali untuk hiburkan orng??? sekrang ckp, tak disengajakan ????
Quote shahima99 30-5-2023 03:17 PM
semakin melampau2 .. yg pelik lulus je event dia organize selalu2.. tegur dimakinya netz .. yg silaki km tu sengih2 sama bergelek .. kita x follow tp lalu kat fb iolss..huhu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046364 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top