CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Lega Diana Izin Tambah Tempoh Jumpa Anak, Teringin Bawa Anak Bini Raya Haji Di Kedah

30-5-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 417| Komen: 0

Farid Kamil lega apabila Diana Danielle memberi kebenaran untuk menambah bilangan hari bertemu dua cahaya mata mereka.

Pelakon dan pengarah berusia 42 itu turut berterima kasih kepada isterinya kerana memudahkan urusan perjumpaan bersama Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.


Dia berharap pertemuan seterusnya bakal disertai aktres berkenaan.


mStar

“Alhamdulillah buat masa sekarang, perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali. Malah Diana juga tidak menghalang sekiranya saya ingin menambah hari bertemu anak-anak.

"Tapi perlulah mengikut prosedur dengan menghantar surat lebih awal lima hari kepada peguam isteri seperti ditetapkan mahkamah.

"Saya harap perjumpaan dengan anak pada masa akan datang turut disertai bersama ibu (Diana) mereka. Itu harapan saya," katanya kepada pemberita.

Farid ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan semula kes hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka.




Pelakon filem Remp-It itu turut berkongsi kali terakhir berjumpa dengan dua cahaya matanya itu pada 21 Mei lalu.

Dalam pada itu, Farid turut meluahkan hasrat membawa Diana dan anak-anak pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini di Alor Setar, Kedah.

Kata Farid, sudah menjadi tradisi keluarga untuk pulang ke kampung setiap kali menyambut hari perayaan berkenaan.

“Harapan saya ingin membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung.

“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak," ujarnya.

Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan komen daripada Diana gagal apabila pelakon filem Imaginur itu enggan mengulas sebaliknya terus beredar menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan sebutan semula kes pada 8 Ogos depan bagi keputusan inter-parte pasangan berkenaan berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, Farid dan Diana akan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari pada petang Selasa bagi prosiding keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047375 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top