Masih bersedih atas tragedi kebakaran rumah pusaka keluarganya pada petang Sabtu lalu, Issey Fazlisham mendedahkan barangan paling berharga yang musnah dalam kebakaran tersebut. Kata pelakon, pelawak dan penyampai radio itu menerusi hantaran di Instagram, kenanganlah harta paling disayanginya yang musnah terbakar. "Rumah mungkin boleh dibaiki, kenangan tak boleh dibaiki," tulisnya. Katanya lagi rumah pusaka yang terletak di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan itu dibeli arwah ayah dan ibunya pada tahun 1987. “Saya dilahirkan pada tahun yang sama arwah ayah dan ibu beli rumah itu. Memang terlalu banyak kenangan di sini.
“Kalau nak cerita tentang kerugian, sudah tentulah banyak tetapi nilainya tidak terbanding dengan kerugian kami kehilangan rumah pusaka,” katanya. Menurut Issey, rumah tersebut didiami kakaknya. “Rumah itu sekarang kakak yang duduk. Nak dijadikan cerita, dia tiada di rumah kerana berada di Terengganu. Saya pula kebetulan ada di Kelantan sebab ada acara. “Masa acara itu, saya dapat panggilan kata rumah saya terbakar. Saya pun datang ke rumah itu, bomba sudah sampai. “Apapun saya bersyukur kerana tiada sesiapa di rumah ketika kejadian, kalau tidak, kita tak tahu apa kemungkinan yang berlaku kerana lebih 80 peratus rumah telah dijilat api,” katanya. Terdahulu, Issey berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram. Hantarannya itu mendapat komen-komen simpati daripada ramai termasuk rakan-rakan artis. Sumber: BOOM! |
AnnaSendin replied at 10-6-2023 03:59 PM
Kesiannya. Iols ada soft spot kat heols kerna iols kenal salah sorang adik beradik heols. Memang bai ...
AnnaSendin replied at 10-6-2023 03:59 PM
Kesiannya. Iols ada soft spot kat heols kerna iols kenal salah sorang adik beradik heols. Memang bai ...
Suchi replied at 10-6-2023 06:31 PM
Apa khabar kakak dia yg hidup susah tu ye? Hat anak ramai tu.
Mcm pemes gak dia tu kat fb. Tak ing ...
izat123 replied at 10-6-2023 04:12 PM
Dia okay je. Memang lah gegey sikit tapi takde masalah pun dia dalam industri ni.
Suchi replied at 10-6-2023 06:31 PM
Apa khabar kakak dia yg hidup susah tu ye? Hat anak ramai tu.
Mcm pemes gak dia tu kat fb. Tak ing ...
Suchi replied at 10-6-2023 06:31 PM
Apa khabar kakak dia yg hidup susah tu ye? Hat anak ramai tu.
Mcm pemes gak dia tu kat fb. Tak ing ...
red_velvet replied at 15-6-2023 08:20 AM
Alia Haryani kan nama nya.. asyik mengeluh susah, takde duit, adik beradik x bagi support system.. ...
izat123 replied at 15-6-2023 10:18 AM
Baru bukak fb dia baca sikit sikit. Kenapa dia tu? Dia susah tapi semua yang komen macam dah fedup ...
izat123 replied at 15-6-2023 10:18 AM
Baru bukak fb dia baca sikit sikit. Kenapa dia tu? Dia susah tapi semua yang komen macam dah fedup ...
jiwakacau06 replied at 15-6-2023 10:26 AM
ank dia berderet setahun sorg...dh la berderet2 semua msalah kesihatan... heran btl...xda family p ...
red_velvet replied at 15-6-2023 10:49 AM
Itupun banyak komen2 org yg dia delete... Tinggal saki baki tu je lah dia x sempat delete pun. Bel ...
ADVERTISEMENT