Dalam satu sesi ‘podcast’ bersama aktor hebat, Datuk Rosyam Nor dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan yang dikongsikan di YouTube, Datin Rebecca Nur Al-Islam pengalamannya sepanjang melahirkan enam cahaya mata.
Rupa-rupanya ada sebab kenapa pelakon dan usahawan itu memilih untuk tidak melahirkan secara normal. “Dia ada cerita sebenarnya. Ceritanya saya takut beranak..buat sedap,” akuinya sambil tersipu malu apabila diusik Rosyam Nor. Dedahnya, perasaan takut datang dan dia banyak menangis di hujung kehamilannya kerana terlalu banyak memikirkan keadaannya ketika melahirkan selepas menonton kaedah bersalin secara normal di YouTube. "Sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan. “Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.
“Doktor, saya takut sangat nak beranak sebab saya tengok YouTube. Jadi, saya buat permintaan untuk melahirkan secara pembedahan,” cerita Rebecca. Walaupun dinasihati doktor supaya melahirkan secara normal, Rebecca tetap berkeras kerana perasaan takut itu. “Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan sebab saya rasa tak nak rasa sakit kan…rupanya, rasa sakit selepas bersalin,” ujarnya lagi. Rebecca juga sempat memuji diri sendiri masih kekal menjaga bentuk badan macam anak dara kerana mengamalkan kaedah berpantang selama 100 hari dan melarang suaminya untuk ‘bersentuhan’. - CARI
|
vanillaninja replied at 30-5-2023 11:58 AM
I tau sheols bimbo, tapi tak sangka se-bimbo ini.
dudaberhias replied at 30-5-2023 04:21 PM
Takde la sedap kalau tengok rhoper laki pun terus menopos... Lepastu terung pun kecut macam sotong k ...
Fly_over replied at 30-5-2023 05:15 PM
bongok la bekah. tak pasal org terbayang muka laki ko kesedapan
ADVERTISEMENT