CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Di Set Filem Jemputan Ke Neraka

29-5-2023 09:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1131| Komen: 3

Berlakon dalam naskhah filem, aktres Sharifah Sakinah yang terbabit dalam penggambaran filem Jemputan Ke Neraka di sebuah banglo lama di Pulau Carey pernah mendengar kisah seram bangunan terbabit.

Oleh itu, pemilik nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 34, mengakui memasang alunan ayat al-Quran sepanjang menjalani penggambaran filem.

“Tempat penggambaran kami adalah di sebuah banglo lama di tepi pantai. Jika melihat pemandangannya memang sangat cantik. Tetapi sebelum penggambaran lagi sudah banyak cerita seram yang saya dengar tentang banglo itu.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran tidak ada sebarang gangguan, tidak ada kru yang dirasuk semuanya berjalan lancar. Kecuali disebabkan lokasinya di tepi pantai, satu hari tiba-tiba sahaja angin sangat kuat seperti ribut melanda set penggambaran.

“Kami semua berlari dan masuk ke dalam kereta dan terpaksa menunggu sehingga cuaca kembali okey. Kalau tidak rasanya mahu saya terbang dibawa angin sekali,” kongsi Sakinah.

Tambah Sakinah sudah menjadi kelaziman untuknya memasang ayat-ayat al-Quran di setiap set penggambaran bukan kerana ingin mengelak gangguan sahaja tetapi untuk berasa tenang.

“Bukan di set filem Jemputan Ke Neraka sahaja saya alunkan ayat al-Quran tetapi di set penggambaran lain juga. Orang kita bila saya cakap pasang ayat al-Quran mesti mereka ingat nak halau hantu sahaja, walhal banyak kebaikan yang kita dapat daripada memasang muzik,”ujar Sakinah.

Sambung Sakinah, sebagai pelakon yang bekerja di pelbagai lokasi penggambaran dia sentiasa mengamalkan sikap menghormati orang sekeliling dan juga lokasi tempatnya bekerja.

“Kita sudah tahu itu bukan tempat kita dan dalam al-Quran juga sudah menyebut memang ada benda-benda ghaib ini, jadi kena percaya tetapi kita pula janganlah berlebih-lebihan takut.

“Janganlah gatal kacau ‘mereka’, bersikap angkuh dan terlampau seronok ketika berada di tempat yang kita sendiri tahu adalah tempat ‘mereka’,” tutur Sakinah.

Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Sakinah memegang watak sebagai Rania di samping barisan pelakon popular lain seperti Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.

Filem yang bergenre seram thriller itu mengisahkan sekumpulan rakan bertemu di sebuah majlis perkahwinan misteri di sebuah banglo. Naskhah ini merupakan filem sulung pengarah Amor Rizan dan terbitan Anne Ngasri menerusi produksi AN Universal Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini.

Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tatod 29-5-2023 09:17 PM

[ig]https://www.instagram.com/p/Cstem-uIre8/[/ig]

Sambung Sakinah, sebagai pelakon yang bekerja di pelbagai lokasi penggambaran dia sentiasa mengamalkan sikap menghormati orang sekeliling dan juga lokasi tempatnya bekerja.

“Kita sudah tahu itu bukan tempat kita dan dalam al-Quran juga sudah menyebut memang ada benda-benda ghaib ini, jadi kena percaya tetapi kita pula janganlah berlebih-lebihan takut.

“Janganlah gatal kacau ‘mereka’, bersikap angkuh dan terlampau seronok ketika berada di tempat yang kita sendiri tahu adalah tempat ‘mereka’,” tutur Sakinah.

Dalam filem Jemputan Ke Neraka, Sakinah memegang watak sebagai Rania di samping barisan pelakon popular lain seperti Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.

Filem yang bergenre seram thriller itu mengisahkan sekumpulan rakan bertemu di sebuah majlis perkahwinan misteri di sebuah banglo. Naskhah ini merupakan filem sulung pengarah Amor Rizan dan terbitan Anne Ngasri menerusi produksi AN Universal Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini.

Sumber: Kosmo! Online
Quote Raline 29-5-2023 09:36 PM
Sakinah pasang ayat al-Quran di set filem Jemputan Ke Neraka
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5179345&extra=
Post time 29-5-2023 07:16 PM

dah ada
Quote slyfynx 29-5-2023 10:19 PM
Sakinah pasang ayat al-Quran di set filem Jemputan Ke Neraka

Editor CARI, x yah la bukak thread dah ada semata-mata nk penuhkan kuota

Lihat semua komen(3)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.121353 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top