Dicekup Ketika Sedang Sedap ‘Henjut’ Diana
Pasangan kekasih warga Indonesia yang sedang asyik bermadu kasih di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan projek perumahan Taman Sekiah Makmur Behrang Ulu, terkejut dengan kehadiran pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaipk) Ulu, di Slim River, semalam.
Wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Diana bersama pasangannya dikenali sebagai La Saudi, 29, terkejut dengan kehadiran pegawai penguatkuasa Jaipk yang membuat serbuan dalam Operasi Bersepadu di lima lokasi di sini, kira-kira jam 3.10 pagi semalam.
Ketua Cawangan Imigresen Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, namun begitu, percubaan wanita itu untuk melompat pengadang dinding papan lapis setinggi 1.2 meter gagal kerana pegawai Jaipk berjaya menahan kedua-dua warga Indonesia berkenaan.
“Kedua-dua mereka yang terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipk, cuba menafikan mereka berkhalwat ketika dicekup.
“Mereka kini akan di hadapkan ke Mahkamah Syariah Slim River dalam waktu terdekat atas kesalahan berkhalwat,” katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini, semalam.
Khairul Anuar berkata, selain pasangan warga Indonesia itu, pihaknya juga menahan 12 warga lndonesia dalam operasi sama yang bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 3.30 pagi.
Katanya, Operasi Bersepadu yang membabitkan 58 pegawai dari Jabatan lmigrsen Teluk lntan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jaipk membuat serbuan di lima lokasi berbeza di kawasan Slim River.
Katanya, kesemua warga Indonesia itu melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) dan peraturan peraturan lmigresen 1963.
“Kesemua mereka yang ditahan reman di Depot Tahanan Imigresen dan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah,” katanya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|