CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Yang Mengutuk Tu Sebenarnya Teringin Nak Cuba Kan?" Baby Shima Hisap Botol Susu Pun Salah, Bukan Teguk Arak Pun

29-5-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1365| Komen: 10

Baby Shima menyelar dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sengaja mengundang perhatian menerusi aksi minum botol susu.

Shima atau Nor Asha Ramli itu, kecaman tidak seharusnya dilemparkan kepadanya kerana minuman yang diambil ialah berasaskan tenusu, bukannya alkohol.


Foto: IG

“Lainlah minum arak, ada-ada saja,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dia juga mengajak orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut sekiranya teringin untuk merasai kembali pengalaman minum dengan menggunakan botol susu.


“Siapa yang teringin nak minum susu botol macam saya, boleh buat pesanan ya.

“Tahulah ramai yang tidak pernah rasa dan asyik mengata tetapi malu sebenarnya bukan?


“Entah-entah anda semua pun nak mencuba, mari pesan dengan saya. Kita-kita sahaja yang tahu dan tidak cerita pada orang lain,” ujarnya.

Baru-baru ini, pelantun lagu Roadblock Hatiku itu mengundang rasa kurang senang dalam media sosial apabila memuat naik video minum air daripada bekas berbentuk botol susu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 29-5-2023 06:27 PM
Kena maki marah..
Kena lahar dgn nitizen merajuk
Bodoh ko ni mmg xleh bawak bincang dow..
Aku ni ada anak 3 pun xhingin isap2 botol Cmtu in public..
Kalau teringin sgt pun do it yourself je la..
Xpayah la dok rakam mengundang komen2 sangap..
Adoi la bebal ni..
Quote AbukRokok 29-5-2023 06:40 PM
copy ori xsedap
Quote bellaamsar 29-5-2023 06:43 PM
Taknak org kecam tak payah la upload. Saje mengundang
Quote manehnya 29-5-2023 07:04 PM
Babikina ni dh nampak tua, bila dia nak slow ... X sesuai dah
Quote helicornia 29-5-2023 07:15 PM
Renti la bg publisiti kt minah ni.lagi kita bercakap psl dia lagi dia suka.maklum la job menyanyi kt sini pun suam kuku.indon je yg selayaknya.nk buat imej baju gila2 Kang kena kutuk tiru aina Abdul pulak
Quote sandycheeks 29-5-2023 07:38 PM
meluat dengar suara minah ni...eww acah acah comel
Quote DeLuna85 29-5-2023 10:22 PM
Nampak bongkok belakang dia ni. Pastu dah tua.  Pastu acah2 muda.
Quote sharlenetexas 29-5-2023 10:38 PM
Sheols ambil botol coklat, buka penutup pastu letak semula. Last2 ambil botol putih. Kalau taknak botol coklat tu, kenapa gi buka?


Quote umbut 29-5-2023 10:54 PM
Aku ingat minum cam baby, minum camtu pu  kena kecam.
Quote rosedemon 30-5-2023 08:41 AM
murahan booooooooooooooooooooooooooooooooo

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044949 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top