Pendakwah bebas PU Syed mempersoalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa agama Negeri Melaka berikutan tindakan Ifa Raziah dan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM bergelek ketika penganjuran Starvendors Foodstival Melaka 2023.
PU Syed menerusi hantaran di Instagram (IG) meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penyanyi terbabit selaku penganjur acara yang membenarkan pengunjung bergelek di atas pentas. "Di mana dicampak sifat malu kalian berdua bila bersuka ria menunjukkan tarian sebegitu? Apakah kalian seronok memberi contoh yang negatif kepada masyarakat? Tak takut dosa?" soalnya. Bersama hantaran itu, PU Syed turut memuai naik video yang sudah dikaburkan bagi menunjukkan situasi pengunjung termasuk wanita bertudung ligat beraksi di atas pentas.
Tegasnya lagi, penganjuran majlis sedemikian adalah haram kerana batasan agama dilanggar. - CARI
|
I.K.A888990 replied at 29-5-2023 05:13 PM
terkeluar kat fyp aku video hanat sekor2 gelek mcm tak ingat dunia. bangang sggh la depa ni
jalfa replied at 29-5-2023 05:34 PM
Gigih la piyu...tak payahla ko nak nasehat dia....nasehat yg ubun ubun masih lembek.dah bangka camtu ...
Manusiabesa replied at 29-5-2023 10:28 PM
1 lg i nk tny apa sttus hukum rezki mcm wanita yg bssnes dh maju jaya lah kan siap byr zakat. Tp dia ...
TerataiMelur02 replied at 30-5-2023 03:16 PM
Kadang2 deme semua ni tau je hukum tapi tu la “yang penting niat” katanya. Sama jugak dengan nya ...
ADVERTISEMENT