CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Ni Hamba Abdi Ke Anat, Ingat Aku Mak Ke Nak Layan Kau Sampai Nak Berak Tak Boleh?"-Reen Rahim Bengang Dituduh Sombong

29-5-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3833| Komen: 53

Reen Rahim bengang dituduh sombong kerana tidak melayan peminat ketika terlibat dalam sebuah acara jualan, baru-baru ini.

Kata Reen salah faham itu timbul disebabkan dia tiada di gerai jualan atau booth miliknya kerana pergi ke tandas untuk membuang air kecil.


Foto: IG

"Aku jadi 'panas' sebab baru-baru ini ada viral artis dituduh sombong. Aku pantang betul kena sergah macam ini.

"Mungkin artis lain kena macam-macam, salah atau tidak mereka kena jaga nama dan minta maaf. Dengan aku kau silap!

"Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau ingat artis ni hamba abdi?" katanya di Instagram.



Dalam tangkap layar yang dimuat naik, Reen berkongsi komen kecewa seorang peminat yang tidak berkesempatan untuk mengambil foto bersama.

Disebabkan Reen tiada di booth dalam tempoh yang agak lama, dia dituduh sombong dan mengelak untuk melayan peminat.


Menceritakan situasi sebenar, Reen memberitahu dia masih berada di lokasi acara berkenaan sehingga lewat malam namun mengambil masa rehat untuk makan di dalam kenderaan.


"Aku pergi tandas dan kemudian intai booth tiada pun orang yang tunggu. Jadi aku masuk kereta makan sekejap," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 29-5-2023 04:01 PM
ko jual ape??? ni betol2 ke cobaan marketing??
Quote Perawankota 29-5-2023 04:01 PM
Kenapa rempit sgt ek
Quote mawardia 29-5-2023 04:05 PM
Gile ke Reen? Camni sekali baran kau.
Patut lah Fezrul naik hangin.
Quote mawarkhayalan99 29-5-2023 04:15 PM
Edited by mawarkhayalan99 at 30-5-2023 09:55 AM

pasal tu je ko nak hanat kan anak org, mulut kooo pun
Quote slyfynx 29-5-2023 04:19 PM
Yang ko nk sentap macam mati laki ni dah ape hal?
Adekah ko tergigit cili?
Quote Shahman86 29-5-2023 04:24 PM
Yg dtg nk bergambar sorang aje dia punya kecoh mcm beribu yg nak bergambar dgn dia..ni kalau lalu sebelah pon aku ingat aci mana la ni.kesian juga dgn dia buat mcm2 kontroversi utk naik nama tp org mcm tak kisah pon dgn dia ni.
Quote edoraixora 29-5-2023 04:25 PM
pengkomen tu cakap masih berlapik lagi tuh
tu pun sentap supo ponde
Quote asfaz 29-5-2023 04:26 PM
Makin terserlah kerempitan dia ni. Bahasa yg ampun.
Quote bynroslan 29-5-2023 04:27 PM
yg budak tu gigih la komen macam2 hadap bebenor ke nak selfie dengan artis? yang artis pun gigih la nak explain sampai hanat2kan orang apoooooooooooo. kang niaga tak laku mula la salahkan org pilih kasih la boikot la puihhhh
Quote Antifake 29-5-2023 04:29 PM
Ada ke minat dia ni..sejak kena balun lain macam peel dia ni
Quote pembacagosip 29-5-2023 04:37 PM
eh bising nya
knpe ngn dia ni
dulu mcm elok je
Quote LemakPetai 29-5-2023 04:41 PM
Hadap sgt nak bergambar dgn retis
Quote xtinkerbellx 29-5-2023 04:44 PM
Rempitnye type. Ak ak ak. Retis ape ni
Quote kikiharris 29-5-2023 04:44 PM
Eeeii sudah2lah menayang laki ko yg tak handsome tu.
Pastu gaya, bahasa feeling mcm paling sempoi..kau pun takda bezalah, rude and bingit. Esok sakit terlantar mintak fans doa. Itulah retis
Quote sharlenetexas 29-5-2023 04:53 PM
Sombongnya jawapan.


Quote prettyuglybabe 29-5-2023 04:58 PM
dengan kawan-kawan boleh la kau nak tunjuk rempit..
bila dah jadi artis, pandai-pandai la kau jaga adab budi pekerti..
yang naikkan kau peminat..
yang akan jatuhkan kau juga peminat..
lain la jadi retis tu takat cari duit part time..
ada job takde job ada peminat takde peminat, kau tak kisah pasal itu bukan kerja hakiki kau..
Quote myakayina 29-5-2023 05:06 PM
rempit giler bahasa ko reen.. explain jelah elok2..ko pun bukan retis gred A sangat pun..
Quote I.K.A888990 29-5-2023 05:12 PM
adoila bahasa dia
Quote lucky_peace 29-5-2023 05:14 PM
Hayo mcm ini la perangai, yg minat (kalau ada) pon akan lari.. klu explain elok2 kan bagus.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.093482 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top