"Cerita saya dengan bapa Ameena dah lama berakhir." Demikian reaksi pelakon Shakilla Khoriri apabila ditanya sama ada akan berasa sedih sekiranya bekas suami, Fizi Ali berkahwin baru.
Shakilla menjawab soalan yang diberikan pengikutnya itu menerusi hantaran Instagram Story. Katanya, dia tidak kisah, malah akan menumpang gembira seandainya bekas suami bertemu pengganti dirinya. "Buat apa nak sedih kalau benda baik, kami layak dapatkan bahagia masing-masing," ujarnya. Menerusi siri hantaran di Instastory itu, Shakilla juga mendedahkan dia dan Fizi menjaga hubungan antara mereka kerana berkongsi buah hati yang sama.
Bercakap soal jodoh, Shakilla menyatakan kesediannya untuk membina kembali keluarga, namun semuanya diserahkan kepada Allah SWT. Fizi dan Shakillah yang berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata bernama Ameena Sofia sebelum berpisah pada Disember 2021. - CARI
|
ADVERTISEMENT