“Sumpah saya tak ambil hati langsung kepada sesiapa yang mentertawakan, mempermainkan dan termasuklah yang membuat konten akan tahap gigil saya." Menitipkan rasa syukur dapat menyelesaikan persembahan dengan baik, peserta Mic On Selebriti 2023 yang juga pelawak, Namie Smy atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin bersikap terbuka apabila menjadi bahan gurauan warganet selepas kelihatan gementar ketika menyanyikan lagu Kisah Antara Kita secara langsung di minggu pertama program itu. Tambahnya, keluarga dan kenalan rapat memang sedia maklum dengan tabiat semula jadinya itu, di mana tangannya akan menggigil walaupun tidak berasa cemas atau takut. "Apatah lagi ketika cemas atau takut, memang tahap dewa punya gigil. Tapi bukan Parlinson eh hahaha," selorohnya di Instagram. Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat buat Namie untuk tidak berputus asa sehingga ke minggu akhir. Sumber: Murai |
azimodin replied at 29-5-2023 04:51 PM
Dia gigil tapi nyanyi masih steady lagi
Iouls & family tersengih masa mona allen menyanyi
ADVERTISEMENT