Minggu lepas kecoh Puteri Balqis didakwa menyindir Qistina Raisah. Tidak berdiam diri, Qistina tampil memberi respons terhadap dakwaan tersebut dengan menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon drama Akulah Balqis itu.
“Saya tak nak cakap banyak-banyak, saya tak ada masalah dengan dia, habis macam ini sajalah. “Kalau dia dah tak nak cakap apa-apa pada saya, saya dah tak kisah sebab saya tiada masalah dengan dia. Life goes on,”katanya.
Qistina memberitahu dia sudah beberapa hari tidak menggunakan media sosial dek kerana enggan melayan komen-komen netizen yang menyerangnya. “Sedih sedikit sebab orang seindustri cakap begitu pada saya, sebenarnya kalau ikutkan saya tak nak hati saya busuk, dah dekat empat hari saya tak tengok media sosial, tak nak tengok komen.
“Bukan terasa cuma nak bersihkan hati, tak terkesan pun. Ada lah nangis sikit sebab tak sangka orang buat begitu. “Netizen nak cakap terpulanglah, yang paling penting adalah orang terdekat sokong dan tahu keadaan sebenar," katanya dipetik di XTRA. Pelakon itu juga kekal positif biarpun dirinya disindir rakan seindustri.
“Pada hari pertama kejadian, ibu saya ada hubungi dia untuk selesaikan benda ini, nak beritahu yang kita tak ada masalah dengan dia tapi kita tak dapat apa-apa respons. “Tidak mengapa, saya teruskan hidup saya je lah. Saya okey sahaja kalau dia tak nak cakap dengan saya, dah kalau orang tak suka kan, takkan lah nak paksa. “Tak kisah, pergi kemana sahaja saya tetap gembira, tetap tegur. Tak satu set, mungkin satu acara sebab kita industri yang sama."
Terdahulu, nama Qistina menjadi tumpuan apabila pelakon, Puteri Balqis memuat naik satu hantaran seolah-olah menyindir seorang pelakon remaja yang berusia 14 tahun. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Puter Balqis susulan isu ini bertebaran. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|