CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan, Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah

29-5-2023 01:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1739| Komen: 24

Sejak kebelakangan ini, kerap kali stesen televisyen, Awesome TV terpalit dengan kontorversi membabitkan kegagalan mereka membuat bayaran kepada selebriti yang terlibat dengan program terbitan mereka.


Antara selebriti terbaharu yang terbelenggu dengan isu sama adalah pelakon veteran Norlia Ghani.

Pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA terpanggil untuk mengulas perkata tersebut dengan menganggap kemelut yang menimpa Awesome TV adalah suatu karma atau kifarah. 


“Diva AA telah menerima berbilion mesej WhatsApp daripada peminat-peminat berkenaan stesen TV berkenaan yang tergamak tidak menyelesaikan bayaran job lakonan bintang lagenda seperti Norlia Ghani. 

“Peminat beritahu, benarlah apa yang Diva AA dakwa sebelum ini dengan maki hamun terhadap stesen TV tersebut. Akhirnya terserlah jua kebenaran. 

“Sebelum ini, Diva AA memang ada terbaca kisah stesen TV ini gagal melunaskan bayaran seorang produser drama dan seorang pelawak, tapi bila saya dapat tahu Norlia Ghani juga diperlakukan sebegitu, Diva AA adi marah. Sebab dia bintang legenda. Tolong hormat bintang legenda. Dia hanya meraih pendapatan menerusi kerja lakonan.


“Norlia telah berlakon berpuluh-puluh produksi dengan Diva AA. Tak pernah jadi masalah. Kasihan bintang legenda seperti Norlia Ghani diperlekehkan sebegitu. Orang dah bagi kudrat, bayarlah,” jelas Azwan Ali ketika dihubungi Getaran. 


Menurut Azwan lagi, sebelum ini dia puas menelan segala kecaman apabila dirinya disingkirkan daripada program Mic On! terbitan produksi stesen TV tersebut pada 2021. 

“Ramai cakap yang Diva AA ini tak hargai kerja yang diberikan stesen TV berkenaan, sedangkan mereka tak tahu pun kejadian sebenar di sebalik penyingkiran tersebut. Jadi sekarang ini, eksklusif untuk Getaran, Diva AA akan dedahkan perkara sebenarnya mengapa Diva AA disingkirkan. 

“Apa yang berlaku sebenar-benarnya adalah disebabkan Diva AA telah memaki hamun seorang datin berpengaruh di stesen TV tersebut yang asyik menganggu kerja-kerja rakaman di mana ketika itu Diva AA telah bertindak sebagai hos bergandingan dengan Datuk Rosyam Nor. 

“Tiba masa stesen TV yang tidak bertanggungjawab itu berani mati memberitahu wartawan kononnya Diva AA tidak berdisiplin dan ia menjadi punca Diva AA disingkirkan. Padahal, datin itu yang sibuk menganggu kerja rakaman dan Diva AA telah memakinya secara ‘live’ menggunakan mikrofon,” katanya tanpa berselindung. 

Jelas Azwan lagi, selain daripada isu penyingkirannya, isunya menuntut bayaran penuh daripada stesen TV tersebut juga menjadi viral. 


“Malangnya bayaran job Diva AA diperlekehkan selama berbulan-bulan sehingga Diva AA terpaksa mendedahkan wajah pengurusan stesen TV tersebut dalam FB. Dan pada petang yang sama, barulah stesen TV tersebut mengelupur membuat bayaran. 

“Masa itu, Diva AA memang dikecam oleh mereka yang tidak tahu cerita sebenar. Akhirnya selepas dua bulan kes DIVA AA berlalu, baru orang faham dan rentetan daripada maki hamun Diva AA terhadap stesen TV tersebut, ramai yang mula ke depan dan bersuara menuntut bayaran mereka,” katanya. 

Mengulas mengenai isu denda sebanyak RM250,000 yang dikenakan ke atas Awesome TV atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah serta termasuk status kewangan stesen TV tersebut, Azwan mengakui, berasa cukup gembira apabila membaca laporan tersebut. 

“Diva AA membaca laporan tersebut sebanyak dua kali dan ia jelas dilaporkan secara terperinci dan saya pasti pihak The Vibes and Getaran telah mendapatkan segala bukti yang sahih. 

“Padankan muka (mereka). Pedajal Diva AA lagi. Kau boleh singkirkan Diva AA sebelum nih. Apa yang berlaku sebelum ini berlaku sekarang (what goes around comes around).  Sekarang ini, kau yang membungkus,” katanya yang meraikan berita itu dengan menari disko sebanyak 13 lagu di kediaman banglonya. 

Azwan ali juga sempat menitipkan pesanan untuk rakan-rakan artis terhadap isu bayaran melibatkan Awesome TV ini. 

“Artis-artis yang disegani Diva AA berpesan, jangan  sesekali amik job dengan stesen tv berkenaan kecuali artis sangkak negara,” katanya.


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 29-5-2023 01:58 PM
pastu yg die gi maki mama norlia ni knapa

FxCp5HTagAEqTIZ.jpg
Quote slyfynx 29-5-2023 02:08 PM
Hr tu ade thread die maki Mummy Norlia ni dalam beberapa minit, pastu hilang kene katup
Quote Burong_Hantuk 29-5-2023 02:15 PM
tetiberrrr jer AA backup artis..
Quote MistrezHermanaz 29-5-2023 02:19 PM
yg wasap atas tu bkn ke dia maki acik norlia ke..tetiba bekap..peningg
Quote hokeypokey 29-5-2023 03:47 PM
monopouse crisis btul la diva aa ni.. pegi la meminang janda lama ko ziana zain
Quote missbigrockstar 29-5-2023 03:50 PM
Dia nak tag team tapi mama norlia reject haha
Pasal tu kot dia bengang tak dilayan
Quote salimrock 29-5-2023 04:14 PM
baru2 ni ada tayang cerita puteri impian , amy mastura,
azwan ali pn ada, macho tul dia ketika itu....

mgkn waktu ketika itu dia sedang bergelut dgn peribadi gayah nya kot, luar macho, dalam gayah...

Quote azimodin 29-5-2023 04:37 PM
maxim replied at 29-5-2023 01:58 PM
pastu yg die gi maki mama norlia ni knapa

Hmmm... lupa makan ubat agaknya. Makcik tu dah la stress menunggu payment, kena carut pulak
Quote MsCinderella 29-5-2023 04:39 PM
awesome TV ni milik sapa eh

yg Dato Mizal tu tv apa?
Quote MsCinderella 29-5-2023 04:42 PM
Awesome TV didenda RM250,000
Oleh MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
24 Mei 2023


SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan denda RM250,000 kepada rangkaian penyiaran tempatan Awesome TV berikutan beberapa kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah, menurut laporan The Vibes.

Lesen itu difahamkan digunakan Awesome Media Network Sdn Bhd meskipun dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd.


Advertisement

-ADVERTISEMENT-
Pada 21 Februari lalu, SKMM memaklumkan akan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen swasta itu mengikut Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen.

Kemudian pada Mac, SKMM memberitahu media bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan terhadap salah sebuah syarikat induk Awesome TV atas kemungkinan berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 36 akta sama, yang melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada menteri bertanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia.


“Pelanggaran itu sudah memadai untuk SKMM menutup stesen itu tetapi ia meneruskan kompaun terhadap stesen berkenaan,” kata sumber seperti dilaporkan The Vibes pada Rabu.

Sebelum ini, Awesome TV telah dipanggil oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung enam kesalahan berkaitan penerbitan bahan berunsur fitnah.


Menurut Fahmi, Awesome TV melakukan kesalahan keenam apabila mendakwa kerajaan merancang untuk memberhentikan 800,000 penjawat awam.

Siaran itu turut dikritik media lain apabila program Berita 7:57 Awesome TV, menyeru orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menghalang kaum lain daripada berkuasa.

https://www.sinarharian.com.my/a ... tv-didenda-rm250000
Quote bynroslan 29-5-2023 05:52 PM
salimrock replied at 29-5-2023 08:14 AM
baru2 ni ada tayang cerita puteri impian , amy mastura,
azwan ali pn ada, macho tul dia ketika itu.. ...

scene 7-eleven "alaa takkan nak otograp kat roti dek"
Quote sleepandream 29-5-2023 06:07 PM
sape datin tu? reveal la identiti....
Quote cmf_premierleag 29-5-2023 06:09 PM
Diva AA telah menerima berbilion mesej WhatsApp daripada peminat-peminat
kemain..berbillion lagi tu
Dia tahu x billion tu banyak mana?
Quote cmf_premierleag 29-5-2023 06:10 PM
maxim replied at 29-5-2023 01:58 PM
pastu yg die gi maki mama norlia ni knapa

Dia yg type and sent pastu dia sendiri yg blocked Norlia ni
Bodohhh punya dibah AA
Quote salimrock 30-5-2023 09:12 AM
bynroslan replied at 29-5-2023 05:52 PM
scene 7-eleven "alaa takkan nak otograp kat roti dek"

ha, macho kan AA waktu tu...ntah mana silapnya boleh kene rasuk setan pondan dlm diri...


Quote MistrezHermanaz 30-5-2023 09:16 AM
lawak pulak part dia block tu.
Quote ketupatnasi 30-5-2023 09:37 AM
dia share msg dia memaki orang osem tv tu dgn mama norlia kot...
done bekap dibahhhh
Quote salimrock 30-5-2023 10:13 AM
bynroslan replied at 29-5-2023 05:52 PM
scene 7-eleven "alaa takkan nak otograp kat roti dek"

itu AA 90 ,

aku risau je amy mastura kena maki dgn AA masa tu,

aku pn baru je tgk puteri impian kt siar, sebalum ni takpernak tgk, aku tgk pn sikit je, smpai part dia balik kena hujan lpas dpt sign otograf azwan ali
Quote supernaturalee 30-5-2023 10:29 AM
"Diva AA telah menerima berbilion mesej WhatsApp

datin itu yang sibuk menganggu kerja rakaman dan Diva AA telah memakinya secara ‘live’ menggunakan mikrofon

katanya yang meraikan berita itu dengan menari disko sebanyak 13 lagu di kediaman banglonya

jangan  sesekali amik job dengan stesen tv berkenaan kecuali artis sangkak negara,” katanya.





Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.196741 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top