CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Sibuk Nak Bergosip, Apa Yang Pelik Kalau ND Lala Datang Majlis Pertunangan Shila Amzah?

29-5-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 832| Komen: 4

Kehadiran Datuk ND Lala ke majlis pertunangan Shila Amzah baru-baru ini bukanlah sesuatu  yang perlu diperkatakan.

Shila kata menjadi kebiasaan dalam mana-mana acara keraian terutama membabitkan keluarga pasti ibu bapa akan ada bersama.


Sebagai anak, dia bersyukur apabila kedua-dua orang tuanya dapat berkumpul dengan ahli keluarga lain untuk meraikan hari bahagianya.


Foto: IG

“Pertunangan juga merupakan acara membabitkan semua ahli keluarga besar kami. Pasti semua datang termasuk ibu bapa.

“Saya bersyukur mereka ada pada majlis pertunangan saya dan Ubai, kelmarin. Tapi kalau boleh saya tak mahu komen pasal itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Lebih selesa berkongsi kelancaran majlis, penyanyi Memori Tercipta itu gembira apabila acara yang diadakan secara sederhana itu meriah dengan kehadiran 150 jemputan dalam kalangan ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat.


Menurut Shila lagi, keluarga kedua-dua belah pihak juga enggan pertunangannya bersama Ubai ‘diikat’ terlalu lama apabila meminta untuk disatukan pada tahun ini.


“Insya-Allah jika tiada aral majlis pernikahan kami berlangsung tahun ini, disusuli majlis resepsi. Kami nak buat sederhana, macam majlis pertunangan ini.

“Tiada tema tertentu pun. Paling penting kesihatan bakal ibu mentua saya.

“Kami pun tak mahu bertunang lama-lama."


Kelmarin, menerusi perkongsian gambar seisi keluarga di Instagram Story anak bongsu penyanyi itu, Syada, kelihatan ND atau Amir Amzah Salleh berdiri bersebelahan ibu mereka, Datin Fauziah Sarman sambil tersenyum.

Sebelum ini perkahwinan ND Lala, 62, dengan Fauziah dikatakan bergolak apabila penyanyi dan pelakon era 80an itu didakwa berkahwin dua rentetan pendedahan isterinya pada 1 April lalu.

Menerusi Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu memuat naik gambar wanita dalam Instagram yang didakwa sebagai madunya. Adik kepada Shila yang juga penyanyi, Syada turut mendedahkan bapanya tidak meraikan 1 Syawal bersama mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-5-2023 02:43 PM
Tahniah yaach moga kekal berpanjangan. Knp Amir Hamzah tak ikut tema pakaian? Tak dpt wsap msg kah?
Quote rosedemon 30-5-2023 08:34 AM
boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote supernaturalee 30-5-2023 12:09 PM
adik laki dia nmpk mcm zainal arifin yg dulu hos jejak rasul tu


Quote dewi_rina 30-5-2023 12:11 PM
Tak hensem ek anak2 laki pak lala

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.041126 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top