“Saya mendesak mereka yang membuat perkara ini memohon maaf dengan segera dan memadamkan fitnah ini dari terus disebarkan." Pelakon dan pengarah Farid Kamil mendesak individu mencetuskan fitnah dengan menggunakan namanya untuk mereka kenyataan tentang filem Anwar The Untold Story tampil memohon maaf.
Farid dalam hantaran di Instagram menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dangkal tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap pihak berkenaan segera menghentikan fitnah tersebut. “Kenyataan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini dan saya yakin ia adalah permainan jahat golongan yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat," tulisnya. Dalam kenyataan yang dimaksudkan, Farid dipetik berkata, dia sukar melakonkan watak Anwar dalam filem tersebut kerana Anwar pelakon yang lebih hebat darinya.
Farid bagaimanapun membuat penafian pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT