Saban kali muncul di kaca televisyen, pasti penyanyi, Aina Abdul tampil dengan fesyen pelik terutama sejak bergelar juri tetap Big Stage 2023. kostum berjalur serta ‘bantal panjang’ pada bahagian kepala ketika hadir sebagai juri tetap di Big Stage 2023, malam tadi.
Penampilannya dengan kostum warna warni ‘A Wave Of Emotion’ hasil rekaan Masyadimansor itu bukan sahaja menjadi buah mulut warganet, malah selebriti juga terpanggil bersuara. Menerusi ciapan di Twitter, pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mempersoalkan pereka kostum Aina di Big Stage 2023, malam tadi. "Toto pun kau rembat! Siapalah pereka fesyen kau," katanya yang menyifatkan Aina model paling hodoh di muka bumi. - CARI
|
mamajawie replied at 29-5-2023 12:59 PM
x pyah slahkn designer..enah bedul ni sendiri willingly nk pkai baju tu..
Burong_Hantuk replied at 29-5-2023 02:16 PM
aku rasa dia nih sengaja sauk baju2 yg pelik sbb nak attention
ADVERTISEMENT