Datuk Seri Siti Nurhaliza bersetuju dengan komen yang diberikan oleh juri Datuk Syafinaz Selamat terhadap peserta Big Stage 2023 (BS2023) Nadeera Zaini. Kata Siti, Nadeera mempunyai kemahiran menyanyi yang bagus namun namanya kurang dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.
"Setuju dengan Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus. Seangkatan Aina (Abdul) tapi rezekinya belum menyerlah. "Perlukan sokongan peminat muzik tanah air," katanya di IG Story. Syafinaz yang bertindak sebagai juri jemputan ketika memberi komen memberitahu Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan sebegini yang lebih tertumpu kepada penyanyi baharu atau BBNU. Menurutnya, Nadeera mempunyai kualiti vokal yang baik dan seharusnya bakat seperti ini diberi perhatian oleh lebih ramai peminat. Pada konsert yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam itu, Nadeera menyampaikan lagu Bunga Bunga Cinta yang dipopularkan oleh Misha Omar.
Menerusi persembahan bertenaga itu dia berjaya menduduki tempat keempat dengan jumlah markah 82 peratus. Dalam satu perkongsian lain, Siti yang juga merupakan juri Big Stage untuk edisi pertama, kedua dan keempat ini turut memuji persembahan Putera Muhammad yang menyampaikan lagu berjudul Kini (Feminin) dengan versi tersendiri. "Dahsyat suara mamat ni ye," ujarnya. Konsert keempat BS2023 menyaksikan peserta Meer Nash tersingkir selepas hanya memungut markah sebanyak 45.33 peratus dan disenaraikan pada kedudukan tiga terbawah. -CARI Sumber: mStar
|
laksmanabentan replied at 29-5-2023 01:26 PM
dia kena ikut mcm aina nih... pakai baju2 merepek2....
biar viral tu... nanti di jemput laa ke stese ...
phalanx replied at 29-5-2023 07:47 PM
dia ada bau2 salma mentor, jenis masuk segala ada pertandingan tapi still camtu jugak
sleepandream replied at 31-5-2023 08:08 PM
aina abdul tu pon bg iols bese2 jah... yes she can sing tapi mcm limited utk ballad song... and then ...
Imkhai replied at 31-5-2023 08:14 PM
Ko anti btl ye dgn aina hater dia yeeikk?,ajl tu kira salah satu kerjayaan bsr bg diaorg penyanyi2 ...
ADVERTISEMENT