CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Annuar Dedah Punca Dah Tak Pakai Tudung- "Keadaan Mental Saya Tak Stabil, Bukan Sebab Nak Cantik Atau Minta Pujian"

29-5-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6137| Komen: 70

Nadia Annuar akhirnya mendedahkan punca dia kini tidak lagi memakai hijab.

Katanya keputusan itu adalah berdasarkan keadaan mentalnya yang dipercayai tidak stabil.

Foto: IG


Kakak kepada pelakon Harris Annuar itu menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengkritik dirinya sengaja membuka tudung semata-mata mahu pujian ramai.

“Bukan semua keputusan dibuat dgn sekelip mata seperti yang anda sangka. Its a hard decision. Not as simple as nak cantik lah or nak memancing pujian.

“It’s a mental state. I really hope that you can continue to help guide me not push me further away. I love all of you…,” tulisnya di IG Story.



Sementara itu, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu juga meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan tohmahan berbaur hinaan.

Nadia memohon pengikutnya untuk menjaga budi bahasa terutamanya apabila menyentuh tentang ciptaan Yang Maha Esa.



“Saya nak ingatkan sikit, tujuan saya tidak off comment selama ini adalah kerana saya anggap semua followers adalah seperti keluarga saya.

“Jadi tidak salah saya on comment untuk menerima teguran daripada anda semua sebab saya tau salah saya. Menegur itu tak salah tapi menghina itu bukanlah cara untuk menasihati.

“Contoh hinaan seperti buruk, tua, dahi luas, hidung yahudi, telinga capang, bodoh, bangang dan lain-lain.

“Adakah anda pernah berfikir bahawa anda sedang menghina ciptaan Allah swt dengan alasan ‘menegur”?,” ujarnya.



Menerusi hantaran lain, Nadia memberi nasihat kepada pengikutnya untuk berhenti menambah dosa antara manusia.

“Ah and satu lagi… bila dah hina, kadang2 ada satu ayat “maaflah ye” Kalau saya dosa dgn Allah swt, Allah Maha Pengampun tapi saya manusia yg hina.



“Kalau saya tak maafkan awak macam mana? Jadi tak payahlah tambah dosa kita sesama manusia.

”Saya rasa bersalah kalau saya menjadi punca yang membuatkan hidup awak yg suci tu tercemar. Jadi setakat ni saya cuba maafkan apa yg mampu. Yg betul2 terguris tu mungkin susah sikit."



Sebelum ini, nama personaliti tv terkenal ini hangat menjadi perbualan ramai selepas membuat keputusan untuk tidak lagi memakai hijab pada ulang tahun kelahiranya yang ke-39 tahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shahman86 29-5-2023 11:49 AM
Natasha hudson yg dulu berselubung nampak mata pon dh seksi balik, setakat dia ni apalah sangat
Quote likilu 29-5-2023 11:50 AM
Dahi luas

Hidung yahudi

Telinga capang

Done komen
Quote laksmanabentan 29-5-2023 11:51 AM
tak payah nak komen sgt la sis...
diam aja sudeehhh.....
Quote SembangKari 29-5-2023 12:36 PM
Nak buat dosa tak payah lah salahkan mental state. Bunuh diri je la senang, sekarang ni cubaan bunuh diri pon dah masuk under mental state
Quote mrsbale 29-5-2023 12:41 PM
Sekrg ni asal buat bende takut kene kecam je dan2 self claim mental state mental problem mental issue etc.
Quote Cyempaka 29-5-2023 12:45 PM
Xpe nanti adik dia blh nasihatkan dia. Adik dah pegi usrah xkan xdpt apa2 ilmu.. Nanti dia tarbiah kak dia smp berkelubung. Br acik2 fb hamburkan pujian
Quote Parit.Hilton 29-5-2023 12:47 PM
aku berani cakap bahawa sesiapa yang terlalu aktif di socmed (all the influencers, yang jenis setiap hari WAJIB post kat socmed utk engagement) berisiko tinggi berdepan masalah mental.

sebabnya, koyak dengan komen2 follower depa. penipu besar la kata tak terkesan la, buat tak nampak la, buat tak tahu la. memang depa baca dan terkesan dengan komen2 negatif ni.

Kalau ada 10 komen, 9 positif dan 1 negatif, yang 1 negatif tu tetap akan jejaskan kestabilan kesihatan mental.

Jadi, korang yang plan nak jadi influencer tu, fikirlah dalam2. Sanggup tak gadaikan kesihatan mental korang?

Walaupun korang buat content yang baik2 pun, tetap ada manusia (yang terjejas mental jugak) masuk komen yang buruk2.

Aku memang larang anak2 aku jadi influencer.
Quote primarikey 29-5-2023 12:50 PM
Dh bukak tudung ni mental pn dh kembali stabil ke
Quote anony-mous 29-5-2023 12:50 PM
Jujur je lah. Ckp la sy xtahan godaan, nk merasa free hair. Instead ko ckp masalah mental. Bodoh. Apa kaitan?? Kesian yg betul2 ada masalah mental
Quote reenz013 29-5-2023 01:12 PM
apa kaitan mental ngn free hair...klu mental rasanya vogel terus...haha
Quote alieyrina 29-5-2023 01:17 PM
Ntahla. Cantik byk duit ada family elok pun ada mental isu ?
Byg kan yg tak cantik lagi miskin tu mcm mana nohh..
Quote Rogue98 29-5-2023 01:22 PM
Cantiknye dia..
Quote winky1 29-5-2023 01:27 PM
Parit.Hilton replied at 29-5-2023 12:47 PM
aku berani cakap bahawa sesiapa yang terlalu aktif di socmed (all the influencers, yang jenis setiap ...

You make me think...betul ada harga yang perlu dibayar. Thank you.
Quote margo20 29-5-2023 01:32 PM
Waww dh ada skrip bila masuk kubur esok
Quote AkokKocik 29-5-2023 01:36 PM
Ada sorang setazah dr USA kata, klu xnak ttup aurat, xpe tp sila sediakn jawapan utk britau Allah d padang mahsyar klak knapa kita xbuat apa yg Dia perintahkn.
Quote Sazreena 29-5-2023 02:16 PM
Yg revert lagi gigih menutup aurat..
Quote Prickford 29-5-2023 02:19 PM
Komplen orang hina dia sama macam menghina ciptaan Allah. Tapi dia terang2 menghina suruhan Allah dalam menutup aurat tak pikir pulak..huhu
Quote KamikuP 29-5-2023 02:25 PM
Parit.Hilton: aku berani cakap bahawa sesiapa yang terlalu aktif di socmed (all the influencers, yang jenis setiap hari WAJIB post kat socmed utk engagement) berisi ...


Betoi sis.. kat luar negara ramaai insluncer sampai ada yg bunuh diri sbb depressed. meolls pun kene blok ngan bini influencer yg buat piza tu sbb komen yg tak puji2 sheolls puikk

Quote mawarika 29-5-2023 02:44 PM
Sukahati ko dek nak tanggal tudung. Kakak lg meluat tgk melayu tudung di kepala tp bawah terbuka. Tudung dikepala mengeji orang free hair.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.097773 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top