Pertunangan Shila Amzah dan Ubai Mz Sabtu lalu sekali gus mematahkan spekulasi kononnya penyanyi dan pempengaruh itu sudah berpisah. Terdahulu, Shila memuat naik status memberi kata-kata penghargaan buat kekasihnya itu yang disifatkannya telah disalah erti oleh netizen.
Selain kelibat bapanya, penyanyi ND Lala yang kelihatan tersenyum di majlis berkenaan walaupun hubungan mereka renggang dek kontroversi rumah tangga sebelum ini, status adik Shila, Syada turut mencuri tumpuan. Berkongsi di Instastory, Syada mengalu-alukan kehadiran Ubai ke dalam keluarga mereka. Bagaimanapun, Syada berkata, dia enggan memanggil bakal abang iparnya itu dengan gelaran Abang. Shila kemudian mengulang siar status berkenaan dan 'merayu' agar Syaza memanggil Ubai dengan panggilan abang. Difahamkan, Ubai dan Syada hanya berbeza usia empat hari sahaja. - CARI
|
ADVERTISEMENT