CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

14 Fakta Menarik Buat Sista Yang Tak Pakai Mekap

21-10-2015 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8003| Komen: 7

Oleh Izzah Abbasy

Wanita kalau nak cantik, sanggup berhabis-habisan duit dengan berbelanja barang mekap.


Namun, tak semua wanita suka dengan solekan ini. Mereka lebih suka membiarkan wajah mendapat kesegaran asli.

Sebenarnya, banyak kelebihan orang yang tak suka bersolek ini. Selain dah memang cantik secara semula jadi, 14 perkara berikut adalah suatu bonus kepada anda!



1. Jimat duit
Sudah tentulah anda boleh berjimat. Bukan murah nak beli alat makeup, lagi pula kalau nak cari yang sesuai dengan kulit wajah. Harus pakai duit lebih. Anggaran untuk sebulan bahagian bibir saja pun dah beratus. Jadi mana yang tak bersolek, confirm boleh menabung lebih!


2. Kulit lebih sihat
Kulit boleh elak daripada masalah jerawat atau jeragat. Alat makeup pun ada yang mempunyai bahan kimia, jadi jika kulit tidak ditutup dengan bahan solekan, kulit boleh bernafas bebas, bukan?


3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, anda rasa alat solek bukan keperluan.


4. Tak kotorkan baju
Sakit hati juga kalau tetiba makeup terkena baju. Nak kena cuci pun ada caranya. Tapi kalau tak guna makeup, tak payah nak fikir masalah ini.


5. Boleh terus tidur
Tidur anda akan lebih nyenyak saat tak menggunakan makeup. Yelah, anda tak perlu fikir tentang masalah jerawat atau noda hitam yang akan timbul.
 



6. Solat tanpa perlu cuci solekan
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu anda tidak akan banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah.


7. Peluh bukan satu masalah
Cuaca panas dan anda pula berpeluh? Masa ni tak perlu nak risau makeup tu cair. Bebas makeup, bebas masalah!
        
      
8. Gosok mata sesuka hati
Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau anda tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.


9. Terus masuk bilik tidur
Kadang dah balik lewat dan penat, anda tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.


10. Mata tak sakit
Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Yang pakai contact lens lagilah kan, hati-hati ya! Eh, pernah terjadi tau!


11. Tak payah tahan kalau nak menagis
Bila-bila masa saja anda boleh menangis, tak perlu nak risau wajah anda bertukar jadi macam badut jika solekan anda bukan kalis air.


12. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin.



13. Tona kulit serata
Warna kulit wajah anda akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana anda tak pakai bedak asas yang salah.


14. Rasa yakin dan tidak malu
Anda akan lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar anda.


Ha, bertuahlah anda berwajah semula jadi cantik ini. Dengan kelembutan dan kesopanan sahaja sudah cukup sempurna cantik anda di mata semua! Sesekali tidak salah tampil dengan mekap, pasti wajah anda naik seri. - CARI Infonet


Sumber info : Mingguan Wanita

16

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
27

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 15-10-2015 03:55 PM
Untungla kalau natural beauty...
Quote mizkajura 21-10-2015 05:29 PM
untung. Alhamdulillah
Quote tsui87 21-10-2015 10:09 PM
alhamdulillah.Aku pun x pakai mekap.jimat duit.
Quote Rainrein 22-10-2015 01:23 PM
Untungla kalo x mekap pun cantik. Tapi mekap lite lite pun ok kan. At least nampak ada seri sikit kan. Xdela pucat jek
Quote manjalara_01 22-10-2015 05:31 PM
tsui87: alhamdulillah.Aku pun x pakai mekap.jimat duit.


then u allz pakai ape?....day time mosturizer je ke?...
manja pakai tu je..ngan lip balm...lip balm pun dah mahal....skrg...
Quote manjalara_01 22-10-2015 05:32 PM
Rainrein: Untungla kalo x mekap pun cantik. Tapi mekap lite lite pun ok kan. At least nampak ada seri sikit kan. Xdela pucat jek


yea la kan...patut mcm tu la kot...kalau nak gi event ke, kenduri ke kan?....
Quote ginbug 22-10-2015 09:13 PM
kalau rupa i dah cantik glamer tanpa mekap, confirm i pun boleh bermegah2 'i tak guna mekap, i woke up like this' lulz. ni tak, muka i merah2, nak tona kulit sekata macam tt cakap tu pun kena guna mekap.


tak perlu lah makeup-shaming sangat ye. tak rugi mencantikkan diri. dah sampai satu tahap bila i pergi luar negara, orang tak sangka i orang malaysia. tourist dari malaysia selalu huduh dan dress down, katanya. tak ke berkesan di hati orang cop malaysian girls camtu.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054970 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top