CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaafar Onn Tak Kisah Digelar Tua Tak Sedar Diri

29-5-2023 12:11 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 866| Komen: 9

Usia yang kini mencecah 72 tahun bukanlah halangan kepada pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn untuk aktif menggunakan media sosial termasuk TikTok.

Jaafar berkata, platform tersebut merupakan cara terbaharu bagi selebriti sepertinya untuk mendekati peminat terutama golongan muda.



“Saya beranikan diri untuk belajar dan buat apa yang orang seusia saya tak mahu buat. Sejujurnya saya tak kisah orang nak cakap apa. Mereka yang menghina dan mencaci itu tak masuk duit pun.

“Setiap kali saya buat siaran langsung di TikTok ada saja yang gelar macam-macam. Pondanlah, tak sedar dirilah, pakai gigi palsulah.

“Ada juga netizen yang suruh saya berehat saja, tapi siapa yang nak bagi kita duit nanti?” ujarnya selepas perasmian cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT), di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Jaafar, dia perlu mengikuti perkembangan semasa berkaitan sosial media supaya mampu bersaing dan kekal relevan dalam industri seni.


Berkongsi perkembangan kesihatannya, Jaafar yang dimasukkan ke hospital Mac lalu akibat keletihan melampau berkata, keadaannya sudah pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah sudah sihat, saya jatuh sakit kerana terlalu penat menjayakan pelbagai program Ramadan dan Aidilfitri.

“Sekarang sudah boleh bekerja seperti biasa. Syukur juga saya tiada penyakit lain seperti kencing manis atau darah tinggi, cuma sakit lutut orang tua biasalah,” ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang kolaborasinya sebagai duta restoran Nasi Kukus Tonggek, Jaafar berkata, dia sentiasa terbuka untuk membantu dalam memajukan bisnes usahawan Melayu.

“Saya tidak terlalu berkira tentang bayaran yang mereka nak beri, apa yang penting saya nak bantu anak Melayu kita berjaya.

“Saya tak kejar wang ringgit, pada usia ini saya mahu menyumbang sesuatu kepada orang ramai,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik Nasi Ayam Tonggek, Muhammad Nur Aiman Basuni meluahkan rasa syukur dapat meluaskan rangkaian restorannya ke lokasi tumpuan pelancong iaitu Bukit Bintang.

“Alhamdulillah selepas empat tahun impian saya untuk bukan cawangan di tempat tumpuan pelancong menjadi kenyataan.

“InsyaAllah impian seterusnya ingin meluaskan pasaran ke luar negara. Ini semua berkat usaha gigih dan bantuan daripada Papa Jaafar Onn,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 29-5-2023 12:56 AM
ehh dulu baca kata dh 80an
Quote sayurmayur88 29-5-2023 07:31 AM
iolls suka tgk gelagat bang J.O kt TT .
Quote Burong_Hantuk 29-5-2023 07:52 AM
berehatlah tok....
Quote SembangKari 29-5-2023 07:55 AM
Takpela bang Jo. Betul la tu, kalau berenti mana nak carik duit kelansungan hidup.
Quote bulalof 29-5-2023 08:01 AM
kejarlah duniawi ini.......
Quote pet_ayut 29-5-2023 08:13 AM
Die ni sakit kan...berehat lah tok jaapar.
Quote shernazz 29-5-2023 08:56 AM
Nasi kukus tonggek kt mydin usj TU sama juga ke?
Quote Supersirap 29-5-2023 10:54 AM
Minat dengan JO ni
Quote zuliana29 29-5-2023 11:09 AM
biar lah dia.. x kacau sesapa pun.. bahagia dgn cara sendiri.. semoga sihat sentiasa & murah rezeki..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.036828 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top