Kaherah: Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baharu Netflix "Queen Cleopatra", menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya, lapor Sputnik memetik laporan akhbar El-Watan pada Ahad.
Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon 'biracial British' Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic. Aduan difailkan oleh seorang pegawai Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah. Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya, lapor akhbar itu. Penerbit dokumentari itu sepatutnya berunding dengan ahli arkeologi dan antropologi bagi mencipta imej Cleopatra yang betul, menurut aduan itu.
Berpuluh-puluh ribu orang telah menandatangani petisyen pada April yang mengkritik pilihan pelakon kulit hitam bagi menggambarkan ratu Mesir Purba, dengan alasan bahawa siri itu menjaja "Afrocentrism" dalam percubaan untuk "menuntut sejarah Mesir. Cleopatra diketahui berasal dari dinasti Yunani Macedonia yang diasaskan oleh Ptolemy, seorang jeneral tentera raja Macedonia Alexander the Great. Menurut Encyclopaedia Britannica Cleopatra mempunyai sedikit, jika ada, darah Mesir, dan merupakan ahli keluarga Ptolemaic pertama yang belajar bahasa Mesir. Sumber: Harian Metro
|
AcikBuncit: Dh knp zman skg sume main char ...
AcikBuncit replied at 28-5-2023 11:18 PM
Dh knp zman skg sume main character nk pakai org kulit hitam plk..bru je jd isu movie my little mer ...
alesandra replied at 29-5-2023 09:25 AM
Belah mesir bukan arab yg lawa pun.definately bukan kokesen.ramai yg kulit gelap.ada sejarawan cla ...
ardent91 replied at 3-7-2024 08:01 PM
ada yg kata kulit gelap jenis2 cam orang yemen camtu.. tp bukan lah negro! yg hollywod ni pulak za ...
alesandra replied at 3-7-2024 08:52 PM
Scream tu apa yg wokenya?ada watak LGBT ke? scream tahan sampai scream 2 bosan sgt xde billy tap ...
ardent91 replied at 4-7-2024 01:19 AM
Scream 5 main character die 2 kembar negro.. sorg laki ngan sorang pompuan.. pompuan tu pulak lesb ...
alesandra replied at 4-7-2024 10:11 AM
Owh ye baru teringat ..ada adik beradik yg pompuan lesbo memula aku speku jahat.scream bila ramai ...
ADVERTISEMENT