Seorang lelaki meluahkan kekecewaannya kerana ramai anak muda yang sanggup menggadai harga diri semata-mata demi kehidupan mewah. "Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana itu cara cepat untuk menjadi kaya. Contohnya OnlyFans.
"Tengok dekat Twitter pun cukup. Sebab gesaan rakan sebaya untuk capai standard kehidupan yang tertentu. "Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang yang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat estetik yang mahal. "Ia satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat," ujarnya meluahkan rasa bimbang. Menurut lelaki itu lagi, meskipun ada yang mengejar duit untuk bersenang-senang, ada juga yang mahukan duit untuk mengisi perut yang kosong. "Siapa tak nak duit yang mudah kan. Segala-galanya untuk duit. Tapi kita tak boleh juga nak cepat menghakimi mereka.
"Ada yang buat ini demi kelangsungan hidup. Cuma untuk pergi ke serendah itu, ia sangat merisaukan. "Anak muda terus menjunam ke bawah. Jauh di sudut hati ni rasa kesian sebab kita pun tak ada di tempat mereka," kata lelaki itu gusar. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menceritakan pengalaman mereka melihat orang di sekeliling rebah dihempap bebanan kewangan. "Ini adalah realiti hari ni. Kita dapat tengok banyak aktiviti pelacuran di platform Twitter. Duit mungkin berjaya diraih, tapi maruah diri jadi murah. "Wanita baik untuk lelaki baik. Apabila tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, adakah semudah itu untuk mereka ni 'cuci tangan'? "Saya pernah hampir berada dalam situasi yang sama. Nak apa yang orang ada. Apa yang saya buat? Saya terus keluarkan diri saya daripada media sosial. Media sosial adalah punca segala penyakit. "Ramai kawan saya yang muka ayu seperti wanita Melayu terakhir di depan-depan, tetapi apabila di belakang rupanya ada akaun dark side. Sedih rasa," kata sebahagian warga maya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT