Gelagat anak-anak pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang menangis kerana enggan berpisah dengan bapanya menyentuh hati ramai. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dilihat memujuk anak bongsunya iaitu Nur Assyifatu Aimi yang tidak mahu berjauhan dengan dengannya.
Lebih menyentuh hati apabila Aimi turut meluahkan hasrat ingin terus bermanja dengan Shuk sekiranya pelawak itu terus ada di sisinya. "Tapi adik nak tidur dengan ayah... adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah," luah Aimi. Difahamkan, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera manakala Shuk pula di semenanjung selepas pasangan berkenaan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Bagi memujuk anaknya itu, Shuk dilihat membawa anak-anaknya berjalan dan membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah.
Aimi bagaimanapun terus menangis apabila menyedari Shuk akan meninggalkan dirinya. "Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimy," katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat perkongsian tersebut. Malah berharap agar rezeki pelawak itu mencurah-curah agar dapat menjenguk anaknya di Sabah dengan kerap. Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. Sumber: mStar
|
slyfynx replied at 28-5-2023 08:04 PM
Dosa x kalau aku nk cakap....
Ni mesti parents suh berlakon utk content
jiwakacau06 replied at 28-5-2023 12:22 PM
knpa rossa xjaga ank mcm intan salleh..
jauh kot sabah tu..xkn la shuk jatuh miskin sampai xmampu by ...
Nham22 replied at 28-5-2023 08:36 PM
X dosa tp makruh saja... Di bolehkan tp xdpt ape2x.. Hahahaha
dua_chzy replied at 28-5-2023 02:41 PM
Btw,
memang betul la telahan aiols Rossa dok Kampung Air dot com. Urang Sandakan ka sheols?
dua_chzy replied at 28-5-2023 10:40 PM
Tak faham hapa chuols taip, bukankah artikel kata Rossa dengan anak2 dok bersama menetap di Sabah ...
jiwakacau06 replied at 29-5-2023 08:34 AM
article ni xbtl...serra tu stay kl...bkn dgn ank2 dia... parents & sibling dia yg jaga dkt sabah.. ...
ADVERTISEMENT