CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilabel Penipu Berperwatakan Alim, Suami Heliza Helmi Bakal Failkan Saman

28-5-2023 07:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4993| Komen: 47

Suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan pemilik akaun Facebook bernama Pseudoscience Watch terhadapnya yang mendakwa dirinya melakukan penipuan melalui perniagaan yang dijalankan.


Menerusi hantaran dibuat melalui Facebook, Mahadi atau lebih mesra dipanggil Abang Dee itu mendedahkan bahawa segala dakwaan dan tuduhan itu adalah palsu serta fitnah yang berniat jahat bertujuan untuk memburukkan namanya.


Menurutnya, pihak Pseudoscience Watch tidak pernah menghubunginya bertanyakan mengenai produk Kankyo Energy yang dikatakan telah menipu orang ramai.

“Saya ingin menjawab terhadap segala tuduhan palsu, tidak benar, berniat jahat dan merupakan satu fitnah terhadap saya.

“Ia tentang dakwaan kononnya saya telah menipu orang awam melalui produk syarikat iaitu Kankyo Energy dengan tuduhan bahawa produk syarikat tersebut adalah 100% ponzi skim dan/atau money scam 100% berasaskan riba yang dibuat oleh Pseudoscience Watch melalui laman Facebook bertarikh 28 April 2023.


“Kenyataan fitnah dengan niat jahat bagi menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi terhadap saya dengan cara menyebarkan fitnah dan kenyataan tidak benar dan palsu kepada orang awam yang dibuat oleh pihak Pseudoscience Watch adalah 100% tidak benar dan palsu.

“Malah saya telah dituduh melakukan scam terhadap orang awam,” jelasnya panjang lebar.

" data-width="500">Loading FB Post...

Tambah Mahadi lagi, produk yang dikeluarkan syarikatnya itu mengikut undang-undang dan pelaburan yang diusahakannya memiliki sijil patuh syariah oleh sebuah syarikat yang mempunyai kredibiliti tinggi.

“Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa produk Kankyo Energy Berhad adalah satu produk inovatif yang sah mengikut undang-undang dan pelaburan ini memiliki Sijil Patuh Shariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kredibiliti tinggi.

“Di samping itu, Pernyataan Memorandum (Information Memorandum) produk tersebut telah diterima dan diserahsimpan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tanpa sebarang bantahan.

“Segala dokumen-dokumen ini boleh saya kemukakan kepada pihak-pihak yang bekenaan terutamanya kepada pihak Pseudoscience Watch sekiranya pihak mereka meminta daripada saya sebelum melemparkan fitnah jahat ini di laman Facebook mereka,” katanya.

Di akhir hantarannya itu, Mahadi menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan Pseudoscience Watch ke atas pihaknya dan menganggap kenyataan berbaur fitnah itu dikeluarkan adalah untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti syarikatnya yang sudah menapak lebih 20 tahun. 


Sumber: Boom


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 28-5-2023 07:17 PM
Dah basi cerita ni. Takde update baru ke? Takde pulak dengar saman difailkan setelah tempoh untuk permohonan maaf tu tamat.
Quote slyfynx 28-5-2023 08:05 PM
Yawn, nexttttt.
Kisah dah basi
Quote Afifi82 28-5-2023 10:42 PM
Buruknya seluar n kereta tu..
Quote dua_chzy 28-5-2023 10:44 PM
Scammer alias penipu memang begini la kan perangai.
Quote SalenaGomez 28-5-2023 11:13 PM
Afifi82 replied at 28-5-2023 10:42 PM
Buruknya seluar n kereta tu..

Gang2 depa mmg suka pakai seluar n baju mcm ni…ala ala corak versace…apa2 yg attract org utk tgk depa, mmg depa akan pakai
Quote Afifi82 28-5-2023 11:16 PM
SalenaGomez replied at 28-5-2023 10:13 PM
Gang2 depa mmg suka pakai seluar n baju mcm ni…ala ala corak versace…apa2 yg attract org utk tgk ...

Geli je rupa.. Maybe sbb muka xberapa nk helok, tu yg nampak extra buruk,kut.. Kataku, mengecam
Quote SalenaGomez 28-5-2023 11:18 PM
Afifi82 replied at 28-5-2023 11:16 PM
Geli je rupa.. Maybe sbb muka xberapa nk helok, tu yg nampak extra buruk,kut.. Kataku, mengecam {: ...

Huhuhu ada ja org nampak hensem..taste beza2

Cuma modus operandi mlm /scammer mcm nilah…kena buat sesuatu utk attact org utk tgk diorg
Quote rosevelvet 28-5-2023 11:35 PM
dua_chzy replied at 28-5-2023 10:44 PM
Scammer alias penipu memang begini la kan perangai.

Nak saman, bakal saman, itu ler ratibnya. Smpai kesudah saman x sampai2
Quote nolya 29-5-2023 12:18 AM
Bertanya,  JPJ atau polis boleh benarkan ke kalau kereta dicorakkan warna2 begitu atau memang dibolehkan?
Quote Perawankota 29-5-2023 12:44 AM
Aku tak tau knp aku geli geleman tgk gmbr atas tu
Quote she 29-5-2023 02:51 AM
Sijil Patuh Shariah?

Amani Advisors?

Lahhhhh apobondo ni aiiii aiii
Quote SANKURIANG 29-5-2023 06:15 AM
Isu Datukship macam mana lak? Tak nak saman ke, bila netizen cari nama dia dlm website official, nama dia tak ada. Sama cam nama laki pojiah haus….tapi usung title yang x pernah di anugerahkan….
Quote sukacactus 29-5-2023 06:20 AM
nolya replied at 29-5-2023 12:18 AM
Bertanya,  JPJ atau polis boleh benarkan ke kalau kereta dicorakkan warna2 begitu atau memang dibole ...

Tu kete hotwheels, dia lekatkan byk2 kat kete
Boleh xboleh tu xtau la kan, byk duit semua boleh jadi
Quote princessmiang 29-5-2023 06:29 AM
Fakta: PW tak pernah kalah saman ya. Yang menyaman semua tercyduk contoh boy belon
Quote missHaidiD 29-5-2023 06:55 AM
Cmana kak lijah hari2 hadap laki sheols kan
Quote bottombikini 29-5-2023 07:37 AM
she replied at 29-5-2023 02:51 AM
Sijil Patuh Shariah?

Amani Advisors?

euw..dia mengheret nama amanie advisors
daud bakar apa komen anda?

gambo dgn keta tu dia feeling2 dia host cat from hell kah
Quote CurangLagi 29-5-2023 07:40 AM
Mahadi sejak kes ni senyap gila ehh? Bini jak ke sana sini travel. Laki ikt sekali ke?
Quote SembangKari 29-5-2023 07:50 AM
Geli. Ni jenis sembang kencang ni. Mungkin berdarah Kerala.
Quote Burong_Hantuk 29-5-2023 07:51 AM



Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.039081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top