CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Radhi OAG Nak Kahwin Lepas Kekasih Habis Belajar

28-5-2023 01:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3050| Komen: 52

Penyanyi kumpulan OAG, Radhi merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 22 tahun itu sebaik saja gadis itu menamatkan pengajian di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) nanti.


Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 46, berkata, setakat ini hubungannya dengan kekasih berjalan lancar sejak lebih dua tahun lalu.


"Saya tidak boleh bercinta seperti zaman muda dulu kerana kali ini, saya mahu bercinta kerana Allah SWT. Ada juga yang bertanya kenapa saya memilih gadis muda sebagai calon isteri, bagi saya ia soal jodoh.

"Apapun, saya mahu kekasih tamat belajar dulu dan pada masa sama, saya juga mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan stabil dari segi kewangan untuk kembali berumah tangga," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya perancangan perkahwinan lagi, kata Radhi, dia mahukan perkahwinan kali ketiga itu nanti akan berkekalan.


"Saya sudah dua kali gagal dalam perkahwinan dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Terus terang, saya berasa bersalah dengan dua bekas isteri dan anak-anak kerana keruntuhan rumah tangga yang lalu," katanya.

Mengenai soal penjagaan anak pula, kata Radhi, hubungannya dengan tiga anak juga baik walaupun selepas perceraian.


"Anak dari perkahwinan pertama sudah berusia 18 tahun. Manakala, dua lagi anak dari perkahwinan kedua, Nur Aishah, 8; dan Muhammad, 7. Aishah dijaga neneknya dan Muhammad kini dalam penjagaan saya.

"Muhammad sangat rapat dengan saya, kalau makan atau minum, dia akan tinggalkan separuh untuk saya," katanya ketika ditemui pada sidang media Tempatan Fest di Lobang, Seksyen 12, di sini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 29, Radhi memberitahu dia akan ke mahkamah untuk perbicaraan kes itu pada 21 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya.

"Saya mahu tutup kes ini secara baik dan saya harap bekas isteri juga menarik semula kes ini dan berlapang dada," katanya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 28-5-2023 01:47 PM
ada lagi bebudak nak kt dia ni??? makin reput jer
Quote I.K.A888990 28-5-2023 01:56 PM
yg stok2 mcm ni mmg senang pomouan nk lekat eh
better kau lari dikkkkkkk
Quote slyfynx 28-5-2023 01:57 PM
perempuan tu dh pikir abis2 ke?
Quote ketambangkang 28-5-2023 02:03 PM
suka masa dia dgn shazlin dulu, nampak sepadan sgt..tp tu lah
Quote anilanil 28-5-2023 02:20 PM
Bakal bini dah mcm anak. Budak tu tak pernah google ke pasal mamat ni. Btw harusla tunggu grad & keje dulu, kang siapa nak beli beras.
Quote sukacactus 28-5-2023 02:28 PM
Kah3
Senangnya ko ckp
Lepas bantai ex, suruh lapang dada je
Good luck to current gf
Masih sempat lg nak blah I tell you
Quote inspektoremos21 28-5-2023 02:40 PM
Cari nak yg muda2 je..
Quote Burong_Hantuk 28-5-2023 02:41 PM
laku pulak si penagih dadih ni
Quote becir 28-5-2023 02:45 PM
Dia ni keje bawak kete cruising around uni Colleges agaknya carik pempuan muda
Quote kalchi 28-5-2023 03:08 PM
Bodohnya that girl. Takda parents nak nasihat ke.
Quote missyL 28-5-2023 03:11 PM
Mak pak mane lah bg ank 22 thun nikah ngn die
Xkn nk dpt ank baru nk lari
Adoi
Quote missyL 28-5-2023 03:12 PM
inspektoremos21 replied at 28-5-2023 02:40 PM
Cari nak yg muda2 je..

Yg tua2 usia die dah matang
Mmg xnk lah die

Bdk2 senang di gula2
Quote asfaz 28-5-2023 03:17 PM
Adik oiii..Sila la larikan diri awal2. Kau tgk pakwe tua kau ni. Dah bantai bini boleh pulak suruh tarik Kes ,suruh ex berlapang dada.
Masa depan kau panjang lagi dikk. Bazir masa kau aje belajar kalau nak kawin dgn radhi tua ni.
Rekod tak bersih pulak tu.
Makbapak adik beradik sedara mara taknak nasihat ke? Ke tak kisah asalkan reeetttissss?
Quote lattehazelnut 28-5-2023 03:43 PM
Bodoh lahai gf dia..
Percaya lah sgt kata2 abg nak berubah, adik je yg boleh ubah abg, adik memahami abg, bla3..
Eh umur dah 46 mmg xde nye nak berubah or ade mase depan..
Dia nak carik nurse n nak jd biawak..
Ye lah dadah kan buat anggota n otak tua cepat..
N dia pun xde pencen n kwsp, job xde dah.. nak start kje baru otak dadah mane lah boleh kje biasa..

Indon maid pun pandai cari laki jusa c, walaupun laki majikan..
Quote KucingBisu 28-5-2023 04:30 PM
dia ni bkn ke kuat mendadih. ada jgk la ek pompan nak
Quote KarinaKapur 28-5-2023 04:32 PM
"saya mahu bercinta kerana Allah SWT"

Cehhh
Quote nolya 28-5-2023 04:50 PM
anilanil: Bakal bini dah mcm anak. Budak tu tak pernah google ke pasal mamat ni. Btw harusla tunggu grad & keje dulu, kang siapa nak beli beras.

Budak lepas blj dan2 nak kawen satu cite, yg makbapaknya tak telusur dulu ke bakal anak menantu ni. Makbapak main ikut kata2 dn pilihan anaknya ke? Tak ade check n balance demi masa depan anak? Walaupun Allah yg menentukan, ttpi selagi manusia boleh merancang, rancanglah sehabis baiknya. Sesal dulu  pendapatan sesal kemudian bawa beban.
Quote rayray28 28-5-2023 05:57 PM
ketambangkang replied at 28-5-2023 02:03 PM
suka masa dia dgn shazlin dulu, nampak sepadan sgt..tp tu lah

Kannnnn..loving naw dedulu..tp dh asik main benda tu je..mana maunyaaaa wifey nk tahan..baguslaa dia x stay..tp anak baik lg dgn ayahnya ok laa tu
Quote weezerfan 28-5-2023 05:59 PM
Si taik ni keje mengumpul bini ngan anak je.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.109138 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top