Sebagai ibu, pengacara Jihan Muse, 39, tidak sanggup membuka dan menonton video penderaan bayi mahupun kanak-kanak yang jadi tular kerana dia akan tertekan teruk. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa berkata, dia memang tak sanggup dan video sebegitu boleh mendatangkan kesan bercampur-baur padanya.
"Sekarang saya tak buka, takut dan tak boleh tengok. Sebab saya ada anak dan tengok tajuk pula pasal bayi umur anak saya, lebih baik jangan tengok. "Betul tak sanggup. Baru-baru ini kan ada video yang pasal hempas bayi itu. Saya tengok dia (individu mendera) pun dah cukup. Baik saya jangan buka. Kalau saya buka nanti mimpi dia pula. "Sebab saya pernah tertengok dan tahap stress sampai berhari-hari. Cukuplah saya tengok tahu anak depan mata," kata isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 38, itu. Jihan akui dia juga memang percaya hanya ibu bapa sebenar yang mampu menjaga anak mereka sebaiknya. Dia tidak nafikan, kes dera menjadi antara punca anak-anaknya tak dihantar ke pengasuh.
|
ADVERTISEMENT