Selepas lima bulan bercinta, penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan pada Sabtu. Berita tersebut masing-masing dikongsikan sendiri oleh pasangan itu menerusi foto hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tanpa berkongsi butiran lanjut, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, hanya menulis kapsyen mengucapkan 'Alhamdulillah' yang disertakan dengan emoji sebentuk cincin. Sementara itu, Shila menerusi ruangan kapsyen menzahirkan rasa terima kasih kepada beberapa orang rakan yang membantu mereka dalam persiapan majlis tersebut. "Ubai and me wanted an intimate engagement ceremony Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Terlebih terkurang dari pihak keluarga sha, kami minta Maaf yaaaa. "Dan yang terakhir, terima Kasih buat semua yang mendoakan kami.. Semoga kami kuat menghadapi segala Apa yang mendatang," tulisnya.
|
hasniey replied at 27-5-2023 07:00 PM
Wow awal..ai kan seram tau kalau couple yg bru kenal bpe bulan dh tunang ni.kwn2 ai yg mcmni ramai p ...
ADVERTISEMENT