CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Berjaya Peroleh Perintah Injunksi Kedua

26-5-2023 08:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4846| Komen: 22

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada hari ini membenarkan perintah injuksi lanjutan Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.


Perintah injunksi lanjutan itu merupakan injunksi kedua yang dimohon oleh Syamsul yang mana permohonan itu dibuat secara ex parte (sebelah pihak).



Semalam Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan injunksi pertama yang diperolehi pada 27 April lalu yang akan tamat pada 27 Mei.


Terdahulu pada prosiding hari ini di hadapan hakim sama, Syamsul hadir diwakili peguam-peguam syarie, Azmi Mohd. Rais dan Norrulnadiya Mohd. Saref.


Berdasarkan perintah baharu injunksi itu Puteri Sarah dihalang, dilarang dan ditegah sama sekali untuk memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk dan medium.


Perintah tersebut berkuat kuasa dari hari ini sehingga 8 Jun ini.


Pada 8 Jun itu, mahkamah akan mendengar permohonan injunksi secara inter parte (kedua-dua belah pihak).


Semalam Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.


Sebelum ini pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.


Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.



Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MademoiselleZan 26-5-2023 09:08 PM
Takut benor segala citer skandalnya tersebar...tak yah ler bimbang ler dungu, org tu dah tak ingin dgn engko tu...le takut prngaruh filem engko yg bakal lingkup...pgi settle crpat isu lafaz cerai tu, jgn dendam kesumat sgt kn org tu nak bahagia juga dr mengadap engko selenge dungu
Quote penmerah 26-5-2023 09:23 PM
Oh patutlah dah kurang rempanan
Kene injuksi rupanya

Ok aje sebenarnya injuksi ni supaya dedua pihak bergasak melondeh everything di court sahaja
Quote ghalibboy 26-5-2023 10:42 PM
Kalau dalam plot, ada 1. Exposition 2. Rising action 3. Climax  4. Falling action. 5. Resolution
Kira kes SY dan PS ini masuk fasa 4 dan tak lama lagi fasa 5.
Tak berguna pun SY buat injuksi sekarang sebab yg penting exposition dan falling action serta climax dah diketahui.
Setakat mungkin belah IK risau ada lagi bukti  harassment akan terkeluar di public domain
Quote amyza 27-5-2023 05:33 AM
Dia tunggu ps buat silap je tu, nak saman balik ps & penjarakan ps. Hati dia bengkak ps saman taik & family. Hehe
Quote likilu 27-5-2023 07:17 AM
Hah sapa kata I salah haritu konon xde sebab la apa la terang terang benda ni hal paperwork je

Tu la acik forum jgn ikut perasaan sgt
Quote Orenn1 27-5-2023 08:28 AM
Good job Sol, u did her a favor, klu tak tak henti2 meroyann sampaii jadi saikoooo huh
Quote Orenn1 27-5-2023 08:31 AM
Patutlah mulott dia stop dr raya ritu, sampaii kena ambil tindakan mahkamah baru stopp meroyyannn lol
Quote Piramida 27-5-2023 08:37 AM
Tp tuan badan kata sbb malas dah nak fikir.. Nak sakit kepala otak lah fikir hal solsolsol ke apa.. Pelik juga senyap.
Rupa nya dah ada bunga2 injuksi ni.

Eloklah kurang sikit netizen mengata dan mengecam dan speculate. Biar court je berbicara hihi
Quote MisXoXo 27-5-2023 11:59 AM
Bagus juga halang.kan skrg dah aman damai ja.ko bergasak berdua dlm mahkamah sampai settle.ajak dn hebah kt netizen dpt apa.nti ko juga tersakiti sarahh oi..semua doakan ko dpt justice tp pls  ttp mulut sket dn jd classy
Quote codenamedream 27-5-2023 12:01 PM
Sol tak injuksi mak dia sekali?
Quote Dolmat 27-5-2023 12:31 PM
Edited by Dolmat at 27-5-2023 12:33 PM

Semua sekali halang termasuk tin tmoh meratap meroyan semua sekali kazar anak beranak, KO laki bini dgn tin tmoh... Tok selam jugak bagus duduk one corner tak meroyan macam korang semua!

Jah Tek will be happyyyy giler... Hari2 criter dia Naik.. size baju anak, anak jalan terkedek2 semua dia bleh masuk naik carta! SEMAK semua!
Quote ghalibboy 27-5-2023 12:31 PM
PS dah luahkan apa yang berlaku, dah dapat reaction dari Sol pun. Kalau tidak diluahkan Sol tetap sembunyi dan block isteri dan parents dia.
Sekarang ikut saja keputusan mahkamah, PS pun sudah happy busy bekerja, just waiting for the final divorce.
PS pun rasanya dah tidak perduli dgn injuksi atau Sol.
Quote makcik_d 27-5-2023 12:49 PM
Tak da makna syamsul ambil pun. Puteri Sarah dah move on. Dia dah tak care apa apa pun pasal syamsul. Syamsul tu perasaan puteri Sarah Masih hendak kat dia. Pegi lah kat Ira tu sampey tua.
Quote makcik_d 27-5-2023 12:50 PM
ghalibboy replied at 27-5-2023 12:31 PM
PS dah luahkan apa yang berlaku, dah dapat reaction dari Sol pun. Kalau tidak diluahkan Sol tetap se ...

Betul. Syamsul is useless thing to talk about ????
Quote TerataiMelur02 27-5-2023 12:52 PM
ot jap..takde yang buka benang pasal nelydia ke?tadi baca kat ohbulan macam tengah patah hati je
Quote likilu 27-5-2023 12:55 PM
ghalibboy replied at 27-5-2023 12:31 PM
PS dah luahkan apa yang berlaku, dah dapat reaction dari Sol pun. Kalau tidak diluahkan Sol tetap se ...

Yela tu

Kalau tak kenapa ps nak bg bantahan at first hahaha
Quote scarflicious 27-5-2023 01:17 PM
ghalibboy replied at 27-5-2023 12:31 PM
PS dah luahkan apa yang berlaku, dah dapat reaction dari Sol pun. Kalau tidak diluahkan Sol tetap se ...

Yup.... Dia tak kisah semua tu dah. Air muka nampak lega dan happy.
Quote jalfa 27-5-2023 01:25 PM
likilu replied at 27-5-2023 12:55 PM
Yela tu

Kalau tak kenapa ps nak bg bantahan at first hahaha

Dia kalau boleh nak fame lagi...satu satu keluar cite..aada cerita ada kerja kekdahnya.ramai offer job...larikkkkk
Quote likilu 27-5-2023 01:44 PM
jalfa replied at 27-5-2023 01:25 PM
Dia kalau boleh nak fame lagi...satu satu keluar cite..aada cerita ada kerja kekdahnya.ramai offer ...

Kannn betul betul macam burung terlepas sangkar siap bangga lagi buat 100 episodes dah. Jangan terbang tinggi sangat nanti sangkut kabel letrik sesia ko.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106265 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top