Sembilan tahun berlalu namun isu diisytihar muflis pada suatu ketika dahulu masih belum menemui titik noktah. Selebriti dan usahawan, Fizo Omar berkata, dia masih memegang status orang bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.
“Belum lagi selesai. Sampai sekarang saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. “Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut “Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,” kongsi Fizo kepada XTRA. Fizo ditemui ketika sambutan rumah terbuka Jom Raya Setikar bersama iQIYI di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini. Biarpun dihimpit dengan masalah tersebut, Fizo akui kehidupannya kini bertambah baik sekali gus membuatkan dirinya keluar dari zon selesa untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini. “Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus. “Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik,” ujarnya. Ditanya adakah masalah tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupan, Fizo menganggap kebankrapan adalah hanya sebuah pemikiran sahaja sebaliknya hanya beserah kepada rezeki tuhan. “Tipulah kalau ia tidak memberi kesan kepada hidup saya, tapi pada saya yang telah lalui perkara ini, ia hanya sekadar sebuah kertas. Dimana ia hanyalah duniawi. “Kalau kita percaya dengan rezeki Allah, Allah tidak pernah memilih sesiapa yang bankrap ataupun tidak dalam memberi rezeki. “Bila kita dilanda ujian, ia sebuah cabaran untuk kita berusaha lebih. Bankrapsi pada saya adalah pemikiran sahaja. Bila saya faham mengenai bankrapsi, sebenarnya ia tidak memberi cabaran kepada saya,” tutup Fizo. Untuk info, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat. SUmber: Xtra
|
sleepandream replied at 26-5-2023 07:05 PM
bankrap2 pun kereta sport heols tak kene lelong pon
akies replied at 26-5-2023 07:17 PM
Laaa status muflis lg ke?
Lagubestbest replied at 26-5-2023 07:21 PM
untung jd muflis ni. nak buat riba pun tak boleh dah.
dudaberhias replied at 26-5-2023 07:11 PM
letak nama mak la tu kan... choiii...entah2 dok melambung sampai ke syiling dengan bini pun mesti ...
ADVERTISEMENT