Demi mengerjakan haji, seorang jemaah sanggup menjual lembu serta tanahnya bagi membiayai kos menunaikan rukun Islam kelima itu. Harun Senar yang berusia 119 tahun berkata, dia baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas mendaftar pada 2017.
Katanya, perjalanannya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah suatu yang mudah. "Ketika mendaftar, saya terpaksa menjual tanah dan dua ekor lembu," katanya ketika ditemui detikJatim di Asrama Haji Embarkasi Surabaya (AHES), semalam. Berkongsi rahsia sihat bertenaga, warga emas itu berkata, setiap hari dia fokus beribadah, bertani dan kini hanya menjual ayam sebagai mata pencarian. "Alhamdulillah, pada umur macam ini saya masih sihat cuma sesekali sakit kerana sudah uzur, paling penting makan makanan sihat dan sayuran. "Nanti apabila di Makkah, saya ingin berjalan tak mahu menggunakan kerusi roda.
"Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan kudrat yang ada," katanya yang berangkat ke Tanah Suci bersama anak saudaranya, Mudi serta jirannya. Dia yang menetap di Proppo, Bangkalan hidup sendirian tanpa isteri kerana mereka sudah meninggal dunia. "Saya sudah lima kali bernikah dan semua isteri sudah meninggal dunia. "Saya mempunyai enam anak dan 28 cucu manakala adik beradik saya sudah meninggal dunia," katanya. Sumber: Harian Metro
|
"Saya sudah lima kali bernikah
harisbee replied at 26-5-2023 04:22 PM
Org Islam sejati seboleh2 mau melengkapkan rukun Islam..Islam acah2 modern liberal...x mampoo x paya ...
ADVERTISEMENT