Frankfort: Seorang lelaki di Kentucky yang berang bertindak menembak rakannya gara-gara menghabiskan Hot Pocket. Jabatan Polis Metro Louisville mengesahkan, Clifton Williams, 64, ditahan pagi Ahad lalu atas dakwaan serangan tahap dua.
Katanya, terdahulu, dua rakan sebilik itu bertelingkah kerana makanan berkenaan. "Williams marah kerana rakannya makan Hot Pocket terakhir sebelum dia membaling jubin ke arah mangsa. "Mangsa cuba melawan dan melarikan diri, namun Williams sempat menembak punggung rakannya itu," katanya. Polis berkata, Williams mengaku tidak bersalah selepas didakwa melakukan serangan di Louisville, hujung minggu lalu. "Rakan sebilik tertuduh bernasib baik kerana hanya mengalami cedera pada punggungnya saja," katanya dalam laporan agensi di bawah NBC News, WAVE dari Louisville.
Menurut polis, Williams dijadualkan hadir ke mahkamah pada 30 Mei untuk perbicaraan awal. Di bawah undang-undang Kentucky, seseorang yang disabitkan dengan sabitan serangan tahap dua boleh dijatuhkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun. Negara mentakrifkan banduan serangan tahap kedua sebagai sengaja menyebabkan kecederaan fizikal kepada orang lain melalui senjata maut atau instrumen berbahaya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT