Ada yang kurang senang dengan tindakan Uyaina Arshad yang sering berkongsi pengalaman pertama kali menjadi ibu. “Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang," jawabya kepada Utusan Online.
Jelas Uyaina, dia hanya melihat dari sudut positif apabila ramai kaum ibu yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing terutama ketika dia berkongsi perihal tongue-tie yang dialami anaknya, Raja Urhan.
“Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu. “Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.
“Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah,” ujarnya kepada Utusan Malaysia. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|