Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut digilis lori di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga di sini pada petang Khamis. Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dipercayai bermain bersama saudaranya di kawasan berhampiran tempat kejadian. Menurutnya, dalam masa sama sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang dipandu lelaki berusia 37 tahun ingin keluar simpang. "Bagaimanapun mangsa dipercayai secara tiba-tiba keluar dari arah celah pokok dan berlari ke arah lori yang sedang bergerak. "Akibatnya pemandu lori tidak perasan kehadiran mangsa lalu terlanggar sebelum menggilisnya.
"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Sinar Harian
|
Buritan replied at 26-5-2023 07:52 AM
Smlm aku poi mall dokek rumah.. time balik Ade seko budak duk main rel eskalator tuu.. aku tanye mak ...
midori888 replied at 26-5-2023 08:08 AM
kan bahaya main kat escalator....tak bertanggungjawab punya bapa....
Buritan replied at 26-5-2023 08:10 AM
Aku amik pun takut tgn dia termasuk kek eskalator tuu laa.. ujung ujung dah induk letak situ jgk.. ...
midori888 replied at 26-5-2023 08:15 AM
meols pun slalu jumpa budak2 main kat escalator, kdg2 tu parents mmg dibiarkan jer...geram tgk.. ...
Buritan replied at 26-5-2023 08:18 AM
Tgk muka apaknyaa pun.. adoiii.. bg aku muka apak bdk smlm LG 30tahun LG baru lyk kawin.. bodo
AbukRokok replied at 25-5-2023 11:37 PM
Mesti mak dia gemok pemalas
Bangsa melaka mmg gemok2
maharani_gebu replied at 26-5-2023 08:26 AM
rumah tepi jalan ko boleh rilex biar anak main kat luar?
kepompong replied at 26-5-2023 08:32 AM
payung pelangi! Ada 6 warna. gigih i kira
ADVERTISEMENT