Berita Harian melaporkan, anak muda zaman sekarang lebih cenderung untuk terus bekerja, di mana kajian mendapati 72 peratus anak muda tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perkara ini menimbulkan kerisauan orang ramai yang bimbang terhadap nasib negara dan masa hadapan generasi zaman sekarang. Baru-baru ini tular pula di laman Twitter, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang membuat temu bual bersama golongan generasi muda. Lelaki berkenaan telah membuat perbandingan gambar antara penyanyi berasal dari Korea, Lisa Blackpink dan perdana menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. Malangnya, golongan generasi muda di dalam video tersebut hanya mengenali artis korea berkenaan dan tidak mengenali bapa kemerdekaan Malaysia itu. Di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa bimbang terhadap generasi muda zaman sekarang kerana tidak mengetahui ilmu asas mengenai sejarah Malaysia. Ada juga yang meluahkan kekecewaan dan rasa sedih melihat pengetahuan generasi muda yang semakin cetek. Malah, netizen turut mempersoalkan sama ada mereka tidak membaca buku-buku sejarah dan mempersoalkan mengenai keputusan SPM mereka. -CARI
|
dua_chzy replied at 25-5-2023 09:19 PM
Well,
student Form 2 aiols eja nama P. RAMLEE as Piramli. Ko tak sedeh noookkkkssssssss
ADVERTISEMENT