"Daripada persembahan kumpulan Coldplay ke jam tangan jenama Swatch, usahlah berfikiran cetek mengaitkan apa sahaja warna pelangi dengan agenda kumpulan berkenaan." Bendahari Parti Muda Wilayah Persekutuan, Anas Matsham menggesa semua pihak berhenti membangkitkan dan mengaitkan komuniti Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dengan semua perkara.
Ujarnya, jika tidak nanti, pelangi sebenar ciptaan tuhan itu juga menjadi isu perbalahan. “Mengikut agama, manusia sebagai ciptaan tuhan dicipta berpasangan lelaki dan wanita. Sama juga daripada sudut sains dan biologi yang menterjemahkan jantina sebagai lelaki atau wanita. Ia adalah kejadian asal atau fitrah manusia berjantina lelaki atau wanita. “LGBT merupakan pilihan individu. Tidak seharusnya pilihan dan pendirian seseorang itu diiktiraf oleh semua.
“Muda secara jelas berpendirian tidak memperjuangkan agenda LGBT, namun, apa yang dipertahankan secara tegas adalah apa sahaja bentuk penindasan daripada aspek kemanusiaan tidak kira agama, bangsa, warna atau pilihan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, beberapa pihak membantah penganjuran kumpulan rock terkenal itu pada 22 November depan selepas dikatakan menyokong budaya LGBT. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan merampas koleksi pengeluar jam dari Switzerland, Swatch Group siri pelangi atau Pride yang dikaitkan dengan kumpulan LGBT. Sumber: UTUSAN |
sharlenetexas replied at 25-5-2023 06:11 PM
Korang tu yg salahguna pelangi. Kesian kat pelangi yg tak bersalah.
plywood replied at 25-5-2023 06:26 PM
aku pun suka warna pelangi tetapi tak boleh dah nak suka sebab dah kena kait dengan lgbt... kita h ...
B40tastePosh replied at 26-5-2023 02:05 AM
Letak bulan bintang kat pelangi tu
kucingitam replied at 26-5-2023 12:22 PM
lgbt islamik?
asfaz replied at 25-5-2023 06:32 PM
Payung yg ada warna warni tu pun org kaitkan dgn LGBT. Walhal lama dah warna payung tu
ADVERTISEMENT