Aaron Aziz yang kini berada di Jepun bagi menghadiri majlis konvokesyen putera sulungnya, Danish Anaqi yang berjaya memperoleh pra diploma di UWC ISAK, Karuizawa, Jepun mendapat perhatian pengikutnya.
Seperti biasa, pelakon berkenaan bergurau mengenai isterinya yang akan buat-buat manja sebagai petunjuk untuk membeli belah di negara matahari terbit itu. Namun, lebih mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak. Johan menitip nasihat supaya membuat persediaan mental di saat isteri menghabiskan duit suami. "Ingat ya abang Aaron, mental tu perkukuhkan! Awak tu suami, keras sikit! "Buat kakakku yang cantik Diyana Halik, awak tu isteri, takpe habiskan duit suami," selorohnya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|