CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuhada Terkejut Ada Individu Dakwa Trauma Sebab Pernah Dipukul Family H? "Harap Hafidz Roshdi Berubah Untuk Orang Lain"

25-5-2023 02:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4402| Komen: 56|Original author: Saiful

Nurul Shuhada dah banyak memberi peluang kepada Hafidz Roshdi untuk berubah namun ia disia-siakan begitu sahaja.

Katanya dia dan dua anak mereka berhak mendapat seorang ketua keluarga lebih baik dan bukannya individu yang hanya pandai bercakap dan tidak dizahirkan menerusi perbuatan.


Foto: IG

"Allah tahu saya dan anak-anak layak mendapat pemimpin yang baik, sanggup buat apa sahaja untuk kami anak-beranak.

"Bukan cakap dekat mulut sahaja, kalau dia sembang nak berubah pun benda sudah banyak kali berulang.

"Saya memang bukan Tuhan tahu dia boleh berubah atau tidak tetapi saya sudah banyak bagi peluang," katanya di Insta Story.



Shuhada berkata, dia bersyukur sekiranya Hafidz berubah menjadi lebih baik untuk orang lain dan berharap agar diberikan ganjaran pahala disebabkan banyak bersabar sepanjang melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga mereka.

"Mungkin Allah kata dia tidak akan berubah jadi baik untuk saya dan anak-anak tapi dia berubah untuk orang lain.

"Kalau saya dan anak-anak adalah batu loncatan untuk dia berubah, semoga Allah berikan pahala yang melimpah ruah buat saya dan anak-anak sepanjang hidup kami," ujarnya.



Shuhada bagaimanapun mengakui ujian diterima ketika ini mungkin disebabkan terlalu sayangkan Hafidz sehingga terlupa perkara lain dalam hidupnya termasuk sang Pencipta.

"Allah nak tegur saya, saya terlalu sayang hamba Allah lebih daripada Dia. Mungkin? Saya anggap macam itu, jadi saya melangkah ketika hati terlalu memangkah keputusan saya.

"Tapi saya betul-betul buat kerana reda Allah, kalau ini caranya maka lapangkanlah hati saya. Semoga pengorbanan saya ini Allah hadiahkan nikmat yang tak disangka-sangka buat saya dan anak-anak," katanya.



Sementara itu ada juga individu yang tampil mendakwa dirinya trauma kerana pernah dipukul oleh keluarga H.

“Takde reply langsung. Hm saya cakap pasal trauma saya pernah kena pukul dengan family H jugak."



Shuhada hanya meninggalkan cebisan ayat Al-Quran dan seakan terkejut mendapat tahu tentang perkara itu.

“Aiyooooo,” tulisnya.


Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan kes penceraian mereka masih dalam perbicaraan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 25-5-2023 03:31 PM
Iols dpt rasakan shu bakal jd retis dan lebih byk thread2 psl dia bakal dibuka pd masa depan
Quote laksmanabentan 25-5-2023 03:35 PM
tak habis2 la minah nih.... da tanda2 sewel sikit da nih... hahahaha...
Quote KelisaSilver 25-5-2023 03:47 PM
laksmanabentan replied at 25-5-2023 03:35 PM
tak habis2 la minah nih.... da tanda2 sewel sikit da nih... hahahaha...

dah pernah terkawin ngan org sewel. so tempias nya tetap la ada.....
Quote TomyamPuteh 25-5-2023 03:49 PM
Lama jgk ye dia tumpang kesewelan si Hafidz sewel tu. Jgn jd sewel keturunan udah la. Dh la ank comel2.
Quote umbut 25-5-2023 03:55 PM
Edited by umbut at 25-5-2023 04:30 PM

H tu husband kan. Family husband netz tu ke ciptaan sendiri utk kontroversi??
HR dah senyap ko tetap ler meratib pasal ex laki ko x sudah2. HR pun dah dapat bahagian dia. Move on ler. HR pun x ingin kat ko lagi.
Quote dudaberhias 25-5-2023 03:59 PM
yer yer je entah2 sendiri taip kat kotak question ig sendiri...

ko hengat kaka nak percaya kah pada cerita cikki yang kena hempuk sampai muka jadi google maps peta nismilan ni...

hujung2 citer gugur...

hujung2 bisnes beskot mahal terkambuih belakang rumah...

dari ko kambuih2 tu baik lah ko baling je kat kawasan2 banjir supaya biskut2 kering rega mahal tu boleh serap air2 banjir tu...

takpun pakai sebagai tampon semulajadi tanpa bahan kimia... boleh dia serap dedarah2 tu sebab ko pun dah tak mengandungkan mesti la che pit dah busuk kembali dan hanyir... choiii!

ko, ritrud, lufya dah boleh buat satu group wasap... kumpulan bekas isteri sewel... admin harus la acik ritrud...

takpun buat satu lagi group wasap... kumpulan wanita bingai reda kena hempuk....
yang ni boleh jemput si zarina sabut nyoq sebagai admin.. kebetulan heshe reda jah kena hempuk dan smackdown dek anak lepastu laki juling dia hanya mampu tengok jah...

Quote MsKantoiLagi 25-5-2023 05:05 PM
Masyukkkkkk #saman
Quote MatDeghem 25-5-2023 05:22 PM
Yg tulis kena hanpuk tu...Tah Tah dia sendiri tulis. Fake acct...
Quote KikiHadid 25-5-2023 05:57 PM
Tiap hari benang baru psl org sma..update 1 benang kn sng
Quote penmerah 25-5-2023 06:11 PM
Shelup... Ko boleh la drop komen 'tunjuk ajar ku sifu' kat Rita rudaini Tu ye

Tak habis2 merempan
Piz pun tak hengen sebut nama ko lagi

Rita Tu cantik, banyak duit, anak2 menjadi ...
Tapi kau dek.... Lawa spt Rita kah? Kaya kah?
Rita Tu pun takde laki berani nak melamar sbb mulut she
So ko pulak mcm mana dek? Apa pakej ko Ada compared Rita?
Maybe jua Rita Dan Tua
Quote Mekgadis16 25-5-2023 07:55 PM
umbut replied at 25-5-2023 03:55 PM
H tu husband kan. Family husband netz tu ke ciptaan sendiri utk kontroversi??
HR dah senyap ko tetap ...

Aku pun rasa h yang dimaksudkan tu husband kan.
Quote MsKantoiLagi 25-5-2023 08:57 PM
Screen shot done #kantoi #publication #propaganda #tunjuk #jiran
Quote downiey 25-5-2023 09:21 PM
umbut replied at 25-5-2023 03:55 PM
H tu husband kan. Family husband netz tu ke ciptaan sendiri utk kontroversi??
HR dah senyap ko tetap ...

hahahahah.. aku pon rase H tu husband.. kalo betol nk tulis Hafidz msti die tulis HR.
Quote Hoola 25-5-2023 09:30 PM
baik2 buh tajuk caption, ayat2 posting dan sewaktu dgnnya
nnti netijem disalahkan kerna salah faham mcm kes psgan berchenta tu
Quote umbut 25-5-2023 09:48 PM
Shelup ni memang saja je nak feed netz supaya sentiasa bercakap hal dia kalo x senyap sunyi takda story nanti netz lupa lak kewujudan.
Quote Sesuatu… 25-5-2023 10:16 PM
Comel budak berdua tu.. moga elok jadi org la dh besar nnt jgn menurun mental dr parents
Quote MsKantoiLagi 25-5-2023 11:30 PM
Jiran kena perhati dia ni. Dah boleh kot kuarkan saman. Mengundang. #kantoi
Quote rosedemon 26-5-2023 09:08 AM
buat apa pon xcntik si shu ni adehhhh
Quote LadyWhistledown 26-5-2023 09:40 AM
shu, if u nak feed netz, do it in a classy way

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053747 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top