Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tular ciapan seorang pelayar Twitter yang hanya ingin dikenali sebagai Alif, 27, mengenai pengalamannya bekerja di negara orang.
Dia yang berkelana ke New Zealand sejak 10 bulan lalu, memberi gambaran keseronokan kerja yang dirasainya. Kongsinya mengenai perbezaan pengalaman bekerja di Malaysia, anak kelahiran Terengganu itu mendakwa perbezaan yang paling dirasai adalah budaya waktu kerja pergi dan balik yang ditepati selain tidak mempunyai aplikasi mesej berkumpulan yang kebiasaannya mengganggu staf di luar waktu kerja. Malah katanya, pekerja bebas untuk mengambil cuti sakit tanpa perlu memberitahu jenis sakit. Perkara paling diimpikan setiap pekerja di Malaysia yang telah diamalkan di negara paling selamat itu, semestinya sijil cuti sakit (MC) tidak perlu diberikan kepada majikan. "Ada kursus diversiti dan anti-buli yang wajib diambil semua pihak. "Tak ada gap antara staf biasa dengan ketua mahupun pengurus dalam urusan kerja seharian. "Malah etika pemakaian dalam jabatan harian juga fleksibel... ada hari, pekerja pakai seluar pendek sahaja tetapi bukan mereka yang bekerja sebagai penyambut tetamu," jelasnya lagi. New Zealand juga mempunyai undang-undang rehat selama 10 minit bagi setiap dua jam bekerja. "Untuk waktu rehat 10 minit tu, aku tak ambil setiap dua jam sebab aku himpunkan terus untuk lunch... jadi lunch aku satu jam, sempat makan dan solat Zohor semua," ujarnya yang bekerja dalam sektor kewangan. Tambahnya, setiap bandar mempunyai masjid dan surau yang mana di lokasinya sudah ada tiga buah masjid dan pusat jagaan kanak-kanak muslim. Pejabatnya juga mempunyai ruang ibadat untuk semua agama namun hanya muslim yang sering menggunakannya. Bukan itu sahaja, ketika ditanya bagaimana dia berulang alik ke tempat kerja, Alif menyatakan dia hanya berjalan kaki sambil berkongsi gambar beberapa ekor itik sedang berehat kononnya 'roadblock' yang sinonim dengan sekatan polis mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan keinginan untuk mengembara ke New Zealand. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing ketika bekerja di negara luar seperti Australia, Belanda dan Jerman. Sumber: mStar
|
tahanie replied at 25-5-2023 08:16 PM
Waktu rehat tu apa beza dengan kita ya? Sama je la work 8 hours wajib rehat sejam
Skuau replied at 25-5-2023 02:46 PM
Msia....'Lu takmok jadi kuli...wa apa [email protected] banggala,indon,myanmar,nepal,pilak,pakis,sr ...
ADVERTISEMENT