Pihak berkuasa Indonesia menyiasat ahli politik yang didakwa mengasari isteri keduanya yang sedang hamil. Menerusi laporan media tempatan, wanita dikenali sebagai MY itu mendakwa dikasari anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera yang dikenali sebagai Bukhori Yusuf dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Insiden tersebut bagaimanapun berlaku pada November 2022 dan pasangan tersebut dilaporkan sudah bercerai. Portal Tempo melaporkan Bukhori dan MY sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah. Namun, MY dipukul beberapa kali sepanjang tahun lalu sehingga mengalami trauma dan kemurungan. Lelaki tersebut antaranya didakwa pernah memukul wanita tersebut dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit sehingga memijak perut isterinya yang sedang hamil sehingga mengalami pendarahan.
Ekoran kontroversi tersebut, Bukhori diketahui telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan, malah pihak parti mengatakan masalah yang dihadapi bukan berkaitan dengan politik sebaliknya merupakan masalah peribadi. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Sumber: Gempak
|
cikatilia replied at 25-5-2023 02:05 PM
apa ke hal kejam nau jantan2 terhadap penyondol now
ADVERTISEMENT