Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak lanjutan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) Syamsul Yusof terhadap Puteri Sarah Liyana. Ia berhubung permohonan Syamsul, 39, menghalang Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di mana-mana platform media sosial.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu. Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini. Sementara itu peguam Akberdin berkata, sekiranya Syamsul ingin melanjutkan perintah tersebut dia perlu memfailkan permohonan yang baharu di mahkamah. Injuksi berkenaan difailkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan berkenaan sehari kemudian.
Jangka hayat perintah berkenaan hanya selama 30 hari dan akan tamat pada 27 April 2023. Dalam perkembangan sama, Puteri Sarah berkata, dia sendiri sudah mengambil langkah memulakan hidup baharu dan enggan lagi mengulas mengenai isu rumah tangganya dengan Syamsul. "Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempoh hari adalah video terakhir saya mengenai dia (Syamsul). Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan," katanya. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu. -CARI Sumber: mStar
|
Orix replied at 25-5-2023 11:27 AM
payah nau nak bercerai. kawan2 cainis iols senyum sinis sajokkk baca pasal kisah diorg ni sbb news T ...
missHaidiD replied at 25-5-2023 11:39 AM
Sol la rumitkn keadaan. Patut cerai je. Ni siap minta gugur kes birah dulu.
matjerk replied at 25-5-2023 11:47 AM
Harap2 ps x gugurkan injuksi terhadap IK laa semata mahu diceraikan... kes terhadap IK harus diterus ...
aqua_marine replied at 25-5-2023 11:55 AM
kiranya sol mohon injuksi selepas ps menangis dlm ig la yer..
lamberttt la ko sol..
aqua_marine replied at 25-5-2023 11:55 AM
kiranya sol mohon injuksi selepas ps menangis dlm ig la yer..
lamberttt la ko sol..
NotYou replied at 25-5-2023 11:48 AM
Hari ni bukan ke blh cerai secara hakam??? Gila tangguh sampai bila ...ape je si samdol ni sanggup t ...
Orix replied at 25-5-2023 11:27 AM
payah nau nak bercerai. kawan2 cainis iols senyum sinis sajokkk baca pasal kisah diorg ni sbb news T ...
akuMNdia replied at 25-5-2023 11:46 AM
sol pikir senang2 nak dptkan perintah injunction ni agaknyer.
sama la mcm dia failkan nusyuz atas PS ...
ADVERTISEMENT