CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Disambar, Budak Terima 8 Jahitan Selepas Bergelut Dengan Buaya

24-5-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 440| Komen: 2

Seorang kanak-kanak lelaki yang berjaya menyelamatkan diri daripada dibaham buaya di kawasan perumahan atas air Kampung Batu Putih pada Selasa, cedera dan menerima lapan jahitan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu turut diselamatkan bapanya yang berada berhampiran di lokasi.



Kecederaan yang dialami kanak-kanak berusia sembilan tahun selepas dibaham buaya ketika berenang di kawasan perumahan atas air di Kampung Batu Putih, Sandakan.

Pembantu Hidupan Liar Sandakan Mozain Abbas berkata, kejadian berlaku ketika air sedang pasang dari laut dan menyebabkan kawasan perumahan atas air itu dinaiki air.

"Lokasi kejadian berlaku di laluan jalan kampung perumahan atas air di mana mangsa bersama rakannya sedang berenang ke luar dari rumah jiran menuju balik ke rumah mereka.

"Tiba-tiba kanak-kanak itu diserang dan dibaham di bahagian tangan namun mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum diselamatkan oleh bapanya, Ubing Markum, 39," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Akibat kejadian itu, Mozain berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa menerima lapan jahitan di lengan kanan dan cedera di bahagian bahu kanan serta kepala.

"Bagaimanapun, mangsa dalam keadaan stabil ketika dilawat di kediamannya dan tiada kecederaan lain yang serius dilaporkan," katanya.

Tambah Mozain lagi, selain bertemu dengan bapa mangsa pasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan turut membuat pemantaun di lokasi kejadian.

"Namun tiada kelibat buaya dilihat berhampiran kawasan dan ketika tinjauan dilakukan air telah surut sepenuhnya.

"Susulan kejadian itu, penduduk setempat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada apabila menggunakan laluan jalan ketika air pasang dan sentiasa memastikan anak-anak tidak berada atau bermain di kawasan berhampiran sungai berkenaan bagi tujuan keselamatan," katanya.


Sumber: SInar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-5-2023 08:50 AM
Pantang maut sebelum ajal
Quote supernaturalee 25-5-2023 08:59 AM
cucuk mata boye tu kan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.030269 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top